Caption:
1.RASMI... Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk
Francis Harden Hollis sedang memotong tali belon sebagai simbolik perasmian
kejohanan Balapan SJK Chung Hua Simanggang pada hari Jumaat lepas.
2.BERSEMANGAT...Seorang wakil peserta sedang melafazkan ikrar kejohanan
sambil disaksikan oleh para peserta dan barisan kontinjen bersempena dengan Kejohanan
Balapan Padang SJK Chung Hua Simanggang pada hari Jumaat lepas.
- 9 JULAI
Terdapat segelintir masyarakat khususnya ibu bapa yang masih menganggap
bahawa bidang sukan hanya sekadar membazirkan masa dan tenaga anak
masing-masing dalam alaf baru serba mencabar pada masa sekarang.
Ini kerana negara pada masa sekarang memerlukan golongan modal insan yang
mempunyai kemahiran dalam bidang teknikal disamping sihat tubuh badan dan
menguasai ilmu pengetahuan semasa.
Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden
Hollis berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Balapan Padang SJK
Chung Hua Simanggang di Padang Komplek Sukan Sri Aman pada hari Jumaat lepas.
“Peranan aktiviti sukan atau kokurikulum untuk melahirkan golongan generasi
cemerlang dan seimbang seolah-seolah telah diketepikan oleh pihak ibubapa yang
hanya mengejar kecemerlangan akademik bagi anak-anak mereka.
“Ia nampak jelas apabila sistem peperiksaan yang berorientasikan
peperiksaan dijadikan sebagai alasan oleh golongan ibubapa terbabit untuk
menolak penglibatan anak-anak mereka secara aktif dalam sukan selepas ini,”
kata beliau.
Harden mahu ibubapa sedar bahawa penglibatan anak-anak dalam aktiviti sukan
atau kokurikulum di sekolah adalah amat penting demi mewujudkan keseimbangan
dalam pencapaian akademik mereka selepas ini.
“Lagipun saya juga ingin mengingatkan para ibubapa termasuk para guru agar
sama-sama menjayakan perlaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan demi masa depan
pembangunan sukan negara.
“Justeru saya berharap agar para guru menterjemahkan dasar ini agar usaha
pembangunan sukan dapat dipertingkat di peringkat sekolah, zon, daerah,
bahagian, negeri dan seterusnya ke peringkat antarabangsa pada masa akan
datang,” katanya.
Terdahulu Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang
telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM10,000 kepada Lembaga Pengurusan SJK
Chung Hua Simanggang.
Sejumlah lima buah pasukan iaitu Rumah Merah, Rumah Kuning, Rumah Biru,
Rumah Putih dan Rumah Hijau telah berentap untuk merebut juara keseluruhan
kejohanan belapan tersebut.
Hadir sama ialah wakil Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Goh Kaw Tze, Guru
Besar SJK Chung Hua Simanggang, Chin Kui Nam, Penasihat Lembaga Pengurus
Sekolah SJK Chung Hua Simanggang, Datuk Tan Chong Meng, Pengerusi Lembaga
Pengurus Sekolah SJK Chung Hua Simanggang, Temenggong Sii Toh Ping dan ketua
kaum di sini.
Tamat.
No comments:
Post a Comment