Caption: TAHNIAH... Guru Besar SK Batang Ai, Lubok Antu iaitu Joseph Suat
(kiri sekali) merakamkan gambar kenangan bersama pasangan juara iaitu Willie
Charlie dan Sauh Jik sebaik sahaja tamat Pertandingan Badminton Terbuka 2012 di
SK Batang Ai baru-baru ini.
- 9 Julai
Sekolah Kebangsaan (SK) Batang Ai, Lubok Antu telah mengadakan Pertandingan
Badminton Terbuka 2012 bersempena dengan Sambutan Jubli Perak Penubuhan Ke-25
Tahun sekolah berkenaan yang dijangka berlangsung pada bulan Oktober ini.
Setiausaha SKBA Racket Club, Mohamad Nizam Zainudin berkata pertandingan
ini menyaksikan sejumlah 22 orang warga SK Batang Ai Lubok Antu menerusi 11
bergu telah mengambil bahagian dalam acara tersebut.
Katanya, kesemua 11 buah bergu ini bersaing dalam Kumpulan A dan Kumpulan B
dengan Guru Besar SK Batang Ai iaitu Joseph Suat Mara turut mengambil bahagian
bagi menyerikan lagi acara tersebut.
Perlawanan akhir pertandingan ini telah menyaksikan pasangan Bergu Kumpulan
B iaitu Sauh Jik dan Willie Charlie (San Sebangki L.A) menewaskan bergu dari
Kumpulan A iaitu Mohammed Trisghaq Omar dan Muhd Faiz (Bergu King).
Manakala itu tempat ketiga pula telah dimenangi oleh pasangan bergu Haidil
Arsabperi dan Willie Thaddeus Munan (Bergu Abang Long) dengan pasangan Ahmad
Zameri dan Machau (Bergu Abang Macho)
menduduki tempat keempat dalam acara itu.
Terdahulu Joseph Suat ketika berucap pada majlis penutupan pertandingan itu
telah merakamkan penghargaan kepada semua penyumbang hadiah dan jawatankuasa
pengelola yang diketuai oleh Penolong Kanan KK Blangkat Empurang dan Presiden
SKBA Racket Club, Willie Thaddeus Munan.
Pertandingan seperti ini katanya akan terus diadakan di SK Batang Ai pada
tahun hadapan demi mewujudkan amalan budaya hidup sihat dikalangan para warga
guru, kakitangan serta murid sekolah berkenaan.
“Justeru kita berharap pertandingan seperti ini akan dapat mengeratkan lagi
hubungan tali silaturahim dikalangan warga guru SK Batang Ai disamping menyemai
sifat cintakan kesihatan diri dari masa ke semasa,” katanya.
Tamat.
No comments:
Post a Comment