Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Sunday, July 8, 2012

Rakyat dijamin dapat pembangunan berterusan - Harden


Caption: RASMI... Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis sedang memotong reben sebagai simbolik perasmian rumah panjang JKKK Jame sambil disaksikan oleh tetamu khas yang lain baru-baru ini.

SRI AMAN, Khamis (5 Julai) – Kerajaan memberi jaminan untuk terus memajukan hidup rakyat di kawasan bandar dan luar bandar di negeri kata Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis.

Katanya jaminan terbabit terbukti dengan adanya kerja pembinaan jalan kampung, penyediaan kemudahan bekalan elektrik luar bandar, jambatan, bekalan air bersih dan banyak lagi.

“Bukti jaminan kerajaan ini dapat kita saksikan apabila banyak projek pembangunan kini sedang dilaksanakan di kawasan Batu Lintang, Sri Aman yang menelan kos jutaan ringgit.

“Ia tidak termasuk lain-lain kawasan yang terdapat di negeri ini. Justeru saya menasihatkan rakyat agar menilai sumbangan yang telah diberikan oleh kerajaan untuk memajukan hidup mereka selepas ini,” katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Jame Tegalan, Sungai Pinggai Undop, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu beliau juga mahu rakyat agar tidak mudah mempercayai janji-janji yang diucapkan oleh pihak pembangkang memandangkan ia bertujuan untuk memancing undi mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

“Saya berharap agar rakyat tidak mengadaikan masa depan pembangunan hidup mereka dengan memberikan kemenangan kepada pihak pembangkang pada pilihan raya umum ini nanti,” katanya.

Hadir sama ialah Jurutera Bahagian, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sri Aman, Cassidy Morris dan penolongnya Nor Ismail, SAO Henry Kran dari Pejabat Daerah Sri Aman, Pemanca Samuel Lawen, Penghulu Bailey Gamang, Kaunselor Sawing Sumar, kakitangan kerajaan dan ketua kaum di sini.

Harden menerusi majlis berkenaan juga turut mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar bernilai RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Jame.

Turut diadakan pada majlis itu ialah perasmian Jalan Bersemen, Jambatan Baharu dan Rumah JKKK Rumah Jame Tegalan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment