Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Sunday, July 8, 2012

Surau dan organisasi di Sri Aman terima bantuan TBS


 
Caption: MANFAATKAN...Hamsein (tengah) menyerahkan cek bantuan kepada seorang penerima sambil disaksikan oleh Shamsul (kiri) ketika berlangsungnya majlis itu kelmarin.

SRI AMAN, Ahad (1 Julai) – Pihak Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) cawangan Sri Aman telah menyerahkan Bantuan Perubatan, Bantuan Kelengkapan dan Baikpulih Masjid Surau serta Bantuan Aktiviti Akademik kepada organisasi-organisasi di sini kelmarin.

Kesemua jenis bantuan berkenaan telah pun diserahkan kepada semua wakil organisasi di sini menerusi majlis yang berlangsung di bilik mesyuarat pejabat TBS, cawangan Sri Aman.

Timbalan Residen (Pembangunan) Bahagian Sri Aman, Haji Hamsein Haji Atar telah  diberi penghormatan untuk menyerahkan bantuan itu sambil diiringi Ketua Zon Selatan, TBS, Shamsul Bahri bin Manap.

Shamsul menerusi ucapannya menyatakan bahawa Bantuan Perubatan telah diberi setelah mengambilkira kos pengangkutan rawatan, penyakit kronik dan kekerapan menjalani rawatan susulan bagi penerima bantuan yang berada di luar lingkungan Sri Aman.

Manakala itu Bantuan Kelengkapan Asas Masjid dan Surau katanya diberi bagi menaiktaraf keperluan utama fungsi masjid dan surau selain menambahbaik akomodasi yang telah dimamah usia.

Justeru Shamsul berharap agar masyarakat Islam dapat memanfaatkan kesemua bantuan zakat yang diterima oleh mereka bagi tujuan murni terutama sekali dari segi bantuan yang melibatkan pendidikan dan akademik.

Sementara itu Hamsein menerusi ucapannya menekankan bahawa TBS senantiasa beriltizam dalam menyumbang kesinambungan pendidikan di kalangan masyarakat Islam selain peranan agensi kerajaan dan swasta yang turut memainkan obligasi yang sama.

Beliau tetap menaruh keyakinan bahawa menerusi ilmu maka setiap individu mampu meletakkan posisi diri masing-masing seiring dengan arus perubahan yang kian kompleks pada masa sekarang.

“Mana-mana individu yang meremahkan soal ilmu secara tidak langsung telah sengaja merencatkan perubahan diri sendiri ke belakang yang seterusnya boleh merugikan masa depan beliau di masa akan datang,” katanya.

Tamat

No comments:

Post a Comment