SRI AMAN, Sabtu (23 JUn) - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu
memberi fokus terhadap kerosakan serius yang berlaku terhadap Jalan Tawis Seli
dalam Bandar Sri Aman selepas ini.
Para pengguna kenderaan dalam bandar ini mendakwa Jalan
Tawis Seli dilihat mula berlekuk dengan sebahagian daripada tar di permukaan
jalan itu timbul sehingga memberi kesan terhadap pemanduan mereka.
"Kerosakan Jalan Tawis Seli sudah berlaku cukup
lama. Semua pemandu tidak akan selesa jika memandu di jalan berkenaan kerana
sesetengah laluan jalannya sudah rosak dan sukar dilalui.
"Saya bimbang kerosakan di permukaan Jalan Tawis
Seli ini akan memberi kesan terhadap tayar, penyerap hentakan dan lain-lain
komponen kenderaan untuk jangka masa panjang," kata Selomon Karin.
Manakala itu seorang penduduk iaitu Liew Koh San pula
berharap agar Jalan Tawis Seli diperbaiki dengan segera demi mewujudkan
keselesaan dikalangan pengguna kenderaan di situ.
Ini kerana jalan tersebut katanya adalah laluan utama
pengguna kenderaan yang sering berulang-alik ke SMK dan Sekolah Kebangsaan
Saint Luke untuk menghantar atau mengambil anak-anak mereka yang belajar di
situ selama ini.
"Lagipun ia juga menjadi laluan utama pengguna
kenderaan yang sering datang dari laluan Jalan Sabu untuk ke kawasan Brayun,
Jalan Sri Aman - Serian dan Jalan Paderi.
"Justeru kami berharap agar Jalan Tawis Seli dapat
dibaikpulih oleh PBT agar ia dapat mengurangkan kesan kerosakan jangka panjang
terhadap kenderaan kami selepas ini," katanya.
Tamat.
No comments:
Post a Comment