Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Sunday, July 8, 2012

Program Antidadah Sehari Zon Pantu di SJK Chung Hua Bangkong berjaya




Caption:

1.TAHNIAH...Wakil Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Sri Aman, Rogayah Haji Rabaie sedang menyampaikan hadiah kepada seorang murid sambil disaksikan oleh tetamu khas ketika berlangsungnya Program Antidadah Sehari Zon Pantu baru-baru ini.

2. MINAT...Para ibubapa dan murid sedang memberikan tumpuan ketika berlangsung ceramah anti dadah bersempena dengan Program Antidadah Sehari Zon Pantu di SJK Chung Hua Bangkong baru-baru ini.

PANTU, Selasa (3 Julai) – Agensi Antidadah Kebangsaan Kebangsaan atau AADK telah mengadakan Program Antidadah Sehari Zon Pantu yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Bangkong, Lachau, Pantu baru-baru ini.

Jurucakap penganjur memberitahu Program Antidadah Sehari Zon Pantu ini telah melibatkan sejumlah 11 buah sekolah rendah iaitu SK Abok, SK Aping, SJK Chung Hua Bangkong, SK Jaong, SK Keranggas, SK Munggu Bringin, SK Saint Martin, SJK Chung Hua Pantu, SK Pantu, SK Selanjan dan SK Saint Leo Gayau.

“Selain AADK, Lembaga Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta Jabatan Kesihatan juga turut terlibat sama bagi menjayakan program antidadah berkenaan.
                                                                                                        
“Menerusi program ini pihak kita akan dapat mempertingkatkan pengetahuan dan kefahaman pendidikan pencegahan dadah kepada golongan generasi muda disamping membina kefahaman serta jati diri yang tinggi di kalangan murid,” katanya.

Selain itu Program Antidadah Sehari Zon Pantu terbabit katanya juga secara tidak langsung membolehkan para murid untuk membentuk tingkah laku yang positif dan seterusnya mewujudkan permuafakatan masyarakat di sekolah.

“Justeru kita berharap agar program seperti ini akan dapat mempertingkatkan kesedaran dikalangan murid-murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah yang boleh merosakkan masa depan hidup mereka di masa akan datang,” katanya.

Terdahulu pelbagai aktiviti telah diadakan bersempena dengan program itu antaranya ialah pertandingan mewarnai poster antidadah, slot ceramah dari pihak AADK, Pejabat Kesihatan Sri Aman, LPPKN dan demonstrasi anjing pengesan dadah dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Wakil Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Sri Aman,        Rogayah Haji Rabaie telah menyatakan sokongan bagi mempertingkatkan aktiviti pendidikan pencegahan dadah di semua peringkat yang melibatkan semua agensi sesuai dengan tema 1 Malaysia, iaitu membanteras dadah demi merealisasikan sekolah bebas dadah 2012.

Tamat.

No comments:

Post a Comment