Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, July 19, 2012

SK Abang Aing jayakan dasar 1 Murid 1 Sukan



Caption: MERIAH...Para SK Abang Aing ketika menyertai Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia di dataran sekolah terbabit pagi kelmarin.

SRI AMAN, Rabu (11 Julai) – Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Aing, Sri Aman telah membuktikan kesungguhan mereka untuk menyokong dasar 1Murid 1Sukan seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2 Julai lepas.

Ia terbukti apabila SK Abang Aing turut mengambil bahagian dalam menjayakan Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di dataran sekolah tersebut bermula jam 8 pagi kelmarin.

Jurucakap sekolah memberitahu Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia ini bertujuan untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat disamping membudayakan senaman sebagai amalan rutin bagi sepanjang kehidupan mereka.

“Setiap murid akan tertarik untuk melakukan senamrobik terbabit memandangkan ia dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan,” katanya.

Beliau juga yakin bahawa aktiviti senamrobik seperti ini akan dapat menyemarak dan memperkasakana lagi kegiatan sukan di kalangan murid-murid di sekolah pada masa akan datang.

Terdahulu Majlis Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia bagi Peringkat Daerah telah diadakan di Dewan Hollis Tini, Sekolah Kebangsaan Menengah (SMK) Sri Aman bermula jam 8 pagi kelmarin.

Difahamkan lebih 1,000 orang murid, guru dan kakitangan sekolah telah mengambil bahagian dalam majlis pelancaran Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Peringkat Kebangsaan di SMK Sri Aman terbabit.

Tamat.


No comments:

Post a Comment