Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Sunday, July 8, 2012

KRT Tanjung Engkabang anjur sambutan Hari Bapa



Caption: IKHLAS...Pengerusi KRT Tanjung Engkabang, Mas Mashore Haji Maslem ketika menyaksikan upacara penyerahan sumbangan kepada seorang penerima sempena sambutan Hari Bapa kelmarin.

SRI AMAN, Khamis (5 Julai) – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tanjung Engkabang, Sri Aman tidak ketinggalan untuk memeriahkan sambutan Hari Bapa 2012 apabila mengadakan beberapa buah aktiviti di sini kelmarin.

Acara sambutan Hari Bapa 2012 anjuran KRT Tanjung Engkabang ini telah diadakan di rumah pengerusinya, Mas Mashore Haji Maslem dengan majlis Tahlil menjadi pembuka tirai bagi sambutan berkenaan.

Sebaik sahaja tamat majlis Tahlil, kesemua para ahli KRT Tanjung Engkabang termasuk penduduk kampung yang lain telah bersama-sama sesi bacaan doa selamat bersempena dengan perayaan Hari Bapa itu.

Majlis seterusnya diserikan lagi apabila pihak KRT Tanjung Engkabang menerusi Biro Kebajikannya iaitu Habsah Wasli menyampaikan sumbangan kepada Jamil dan Hasalah yang masing-masing telah kematian ibu serta suami sebelum ini.

Mashore ketika ditemui Utusan Sarawak berkata pihak KRT Tanjung Engkabang sememangnya menghargai jasa golongan bapa yang bersusah-payah membesarkan anak-anak bersama kaum ibu.

Menerusi majlis ini, pihak KRT Tanjung Engkabang mengajak semua penduduk untuk menghargai jasa golongan bapa dengan mengadakan acara keagamaan bagi memberkati pengorbanan mereka selama ini.

“Justeru kita berharap agar majlis anjuran KRT Tanjung Engkabang ini akan dapat mempertingkatkan kesedaran dikalangan para remaja tentang sumbangan bapa masing-masing terhadap hidup mereka dari masa ke semasa,” katanya.

Mashore juga menasihatkan golongan remaja untuk menghargai jasa golongan bapa dengan menjadikan ia sebagai satu semangat untuk mengejar impian yang berguna di masa akan datang.

Tamat.



Sambutan Hari Bapa 2012

No comments:

Post a Comment