Caption: UNTUK ALBUM...Mashan (duduk tengah) ketika merakamkan gambar
kenangan bersama para peserta ketika berlangsungnya kursus terbabit di Kuching
baru-baru ini.
SRI AMAN, Sabtu (30 Jun) – Sejumlah 21 orang peserta telah mengambil bahagian dalam
Kursus Pengurusan Bisnes Kontraktor CIDB yang berlangsung di Kuching Park Hotel, Kuching bermula 25 hingga
28 Jun lepas.
Pengarah Urusan M-arcorp Enterprise Sendirian Berhad, Mashan Haji Ahmad
Rais menerusi siaran media kepada Utusan Sarawak hari ini memberitahu para
peserta ini terdiri daripada para kontraktor atau mereka yang baru mahu
berdaftar dengan CIDB.
“Kursus pengurusan ini adalah merupakan salah satu cara bagi setiap
kontraktor mengumpul mata “Contractor Continous Development” (CCD) bagi tujuan
pembaharuan mulai tahun 2012.
“Ia juga bertujuan menambah pengetahuan dan tahap professionalisme
kontraktor dalam bidang bisnes disamping untuk meninggikan tahap keyakinan umum
terhadap kebolehan serta kompetensi kontraktor tempatan dari masa ke semasa,”
katanya.
Selain itu antara kandungan yang terdapat di dalam kursus ini katanya
adalah Jaringan Perniagaan, Teknologi Komunikasi Dan Maklumat, Maklumat
Pasaran, Profail Syarikat, Analisa Dan Laporan, Membina Hubungan Rakan Dan
Niaga serta Asas Simpan Kira.
Kesemua kandungan kursus ini kata Mashan
akan memberi faedah dari segi memahami kepentingan jaringan hubungan dalam
komuniti bisnes dan pengetahuan dalam Teknologi Maklumat (IT).
“Faedah kursus ini juga termasuklah cara
menyediakan profail syarikat, menilai sendiri prestasi dan halatuju bisnes
serta memahami dan mengamalkan asas simpan Kira dalam mengendalikan bisnes,”
katanya.
Beliau turut menambah bahawa yuran
penyertaan kursus bernilai RM200 akan dikenakan terhadap peserta yang sudah
mempunyai Kad Hijau CIDB dengan RM400 dikenakan terhadap mereka yang belum
mempunyai kad berkenaan.
“Yuran termasuk bahan kursus dan
makan-minum. Pembayaran boleh dibuat kepada CIDB atau M-ARCORP ENTERPRISES SDN
BHD menggunakan wang pos, draft bank atau tunai selepas ini
“Mereka yang berminat boleh menghubungi
kami di alamat M-arcorp Enterprises Sdn Bhd, Tingkat Dua, Lot 2883, Kampung
Tunku, Jalan Astana, Petra Jaya, 93400 Kuching atau menerusi talian telefon 082–441 601, 082–442 601 (fax), 012 –
8937828 (Liza) dan 016-8731076 (Syifa) untuk pertanyaan lanjut,” katanya.
Tamat
No comments:
Post a Comment