Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Sunday, July 8, 2012

Jangan percaya kepada fitnah akhbar Iban mengenai saya - Masir



Caption: PENJELASAN...Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat ketika menerangkan usaha pembangunan kerajaan BN kepada penduduk ketika berlangsungnya Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Nyanggau, Abok Pulau Batu B, Pantu, Sri Aman kelmarin.

PANTU, Jumaat (6 Julai) – Ketua Kampung atau Tuai Rumah di kawasan Parlimen Sri Aman diminta untuk menasihat anak buah masing-masing bagi menolak segala fitnah yang dilemparkan oleh sebuah akhbar tabloib berbahasa Iban terhadap beliau di negeri ini.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang berlangsung di Rumah Nyanggau anak Gerang, Abok Pulau Batu B, Pantu, Sri Aman kelmarin.

“Antara fitnah yang disebarkan oleh tabloib terbabit ialah tindakan saya yang kononnya menyalahguna kuasa iaitu memberi rasuah kepada penduduk menerusi wang walaupun pemberian wang itu sebenarnya adalah peruntukan dari Program Touch Point.

“Saya juga dikaitkan dengan tindakan menarik peruntukan yang sudah dimasuk dalam akaun JKKK rumah panjang...jika benar berlaku mengapa ia tidak dilaporkan terus kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia?” ujar beliau.

Fitnah yang disebarkan oleh akhbar tabloib berkenaan kata Masir jelas bertujuan untuk menjatuhkan kedudukan beliau menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Malah laporan akhbar tabloib berbahasa Iban berkenaan katanya juga secara tidak langsung telah mengelirukan penduduk terhadap kedudukan beliau selaku wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Sri Aman.

“Majoriti Tuai Rumah sudah tahu perkara sebenar yang berlaku disebalik laporan akhbar terbabit hasil penjelasan saya sendiri kepada mereka menerusi program rasmi atau aktiviti turun padang selama ini.

“Justeru penjelasan sebenar disebalik fitnah terbabit hanya akan dapat diketahui dengan lebih lanjut oleh penduduk rumah panjang jika Tuai Rumah menerangkan senario sebenar perkara tersebut kepada mereka selepas ini,” katanya.

Masir bagaimanapun enggan mendedahkan kepada pemberita berhubung tindakan lanjut beliau terhadap fitnah oleh akhbar tabloib berbahasa Iban berkenaan memandangkan pertemuan dengan rakyat adalah lebih penting daripada perkara  itu buat masa sekarang.

Hadir sama ialah isteri Masir iaitu Dora Jemat, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Parlimen Sri Aman, Whelton Lumpoi, Tuai Rumah Nyanggau anak Gerang, Kanselor Ronald Chenggir dan para Tuai Rumah di sini.

Terdahulu Masir Kujat adalah merupakan salah seorang calon Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Sri Aman pada pilihan raya umum ini nanti.

Tamat.



No comments:

Post a Comment