Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Sunday, July 8, 2012

SK Batang Ai adakan Pertandingan Badminton Terbuka


Caption: TAHNIAH... Guru Besar SK Batang Ai, Lubok Antu iaitu Joseph Suat (kiri sekali) merakamkan gambar kenangan bersama pasangan juara iaitu Willie Charlie dan Sauh Jik sebaik sahaja tamat Pertandingan Badminton Terbuka 2012 di SK Batang Ai kelmarin.

- 6 JULAI

Sekolah Kebangsaan (SK) Batang Ai, Lubok Antu telah mengadakan Pertandingan Badminton Terbuka 2012 bersempena dengan Sambutan Jubli Perak Penubuhan Ke-25 Tahun sekolah berkenaan yang dijangka berlangsung pada bulan Oktober ini.

Setiausaha SKBA Racket Club, Mohamad Nizam Zainudin berkata pertandingan ini menyaksikan sejumlah 22 orang warga SK Batang Ai Lubok Antu menerusi 11 bergu telah mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Katanya, kesemua 11 buah bergu ini bersaing dalam Kumpulan A dan Kumpulan B dengan Guru Besar SK Batang Ai iaitu Joseph Suat Mara turut mengambil bahagian bagi menyerikan lagi acara tersebut.

Perlawanan akhir pertandingan ini telah menyaksikan pasangan Bergu Kumpulan B iaitu Sauh Jik dan Willie Charlie (San Sebangki L.A) menewaskan bergu dari Kumpulan A iaitu Mohammed Trisghaq Omar dan Muhd Faiz (Bergu King).

Manakala itu tempat ketiga pula telah dimenangi oleh pasangan bergu Haidil Arsabperi dan Willie Thaddeus Munan (Bergu Abang Long) dengan pasangan Ahmad Zameri dan  Machau (Bergu Abang Macho) menduduki tempat keempat dalam acara itu.

Terdahulu Joseph Suat ketika berucap pada majlis penutupan pertandingan itu telah merakamkan penghargaan kepada semua penyumbang hadiah dan jawatankuasa pengelola yang diketuai oleh Penolong Kanan KK Blangkat Empurang dan Presiden SKBA Racket Club, Willie Thaddeus Munan.

Pertandingan seperti ini katanya akan terus diadakan di SK Batang Ai pada tahun hadapan demi mewujudkan amalan budaya hidup sihat dikalangan para warga guru, kakitangan serta murid sekolah berkenaan.

“Justeru kita berharap pertandingan seperti ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan tali silaturahim dikalangan warga guru SK Batang Ai disamping menyemai sifat cintakan kesihatan diri dari masa ke semasa,” katanya.

Tamat.


No comments:

Post a Comment