Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Sunday, July 8, 2012

SEDC anjur Kursus keusahawanan

Caption: TERIMALAH...Masri (kanan) ketika menyerahkan cek bantuan modal kepada salah seorang peserta pada kursus itu baru-baru ini.

Abang Naim, tauke Ikan Keli Simunjan

SIMUNJAN, Ahad (1 Julai) - Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) telah mengadakan Kursus Motivasi dan Asas Keusahawanan kepada penerima bantuan 1AZAM di Dewan Setia MDS, Simunjan baru-baru ini.

Penyelaras program, Hamzah Ibrahim berkata program berupa taklimat kepada para peserta yang layak mendapatan bantuan melalui Program 1AZAM itu turut mendapat kerjasama daripada pihak Pejabat Daerah Simunjan.

“Para peserta terdiri daripada penerima yang layak mendapat bantuan menerusi Program 1 Azam sebelum mereka boleh menerima bantuan berupa modal bantuan untuk memulakan perniagaan.

“Kursus ini akan mendedahkan para peserta tentang maklumat asas perniagaan dan keusahawanan agar mereka dapat memulakan perniagaan dengan teratur dan bijak,” jelas beliau.

Justeru Hamzah berharap agar para peserta Kursus Motivasi dan Asas Keusahawanan yang menerima bantuan menerusi Program 1AZAM berkenaan tidak akan menyalahguna wang bantuan tersebut selepas ini.

Sementara itu seorang peserta, Asban bin Lani, 55, yang juga merupakan pengusaha kedai runcit di Kampung Gedong berkata  kursus ini sangat berguna dan memberi banyak pengetahuan kepada beliau tentang selok belok perniagaan.

Lijong anak Gisang, 56, dari Kampung Skitong, Sebangan pula berkata kursus seperti  itu membolehkan beliau mengetahui asas perakaunan dalam perniagaan dan berharap agar dapat menguruskan perniagaan kedai runcitnya dengan sempurna pada masa akan datang.

Peniaga kuih tradisional dari Kampung Melayu, Sebuyau, Fatimah binti Bujang, 52, berharap agar pihak SEDC dapat mengadakan kursus lanjutan dalam bidang perniagaan di masa akan datang kerana ia sangat memberi banyak manafaat kepada para peserta.

Terdahulu program yang berlangsung selama sehari itu telah dihadiri seramai 37 orang peserta dalam pelbagai bidang perniagaan dari sekitar Pekan Simunjan, Sadong Jaya, Gedong, Sebangan dan Sebuyau.

Taklimat Kursus Motivasi dan Asas Keusahawanan terbabit telah disampaikan oleh Haji Masri Haili dari SEDC sebelum beliau menyerahkan modal bantuan berupa cek kepada para peserta.

Tamat.

No comments:

Post a Comment