Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Sunday, July 8, 2012

Guru perlu kerap turun padang temui bapa - Jelaing


Caption: SELAMAT DATANG...Timbalan Menteri Pengangkutan, Jelaing Mersat sedang bersalaman dengan hadirin sebelum berlangsungnya Majlis Perayaan Hari Guru di Kompleks Sukan Daerah Lubok Antu pada hari Sabtu lepas.

LUBOK ANTU, Isnin (2 Julai) – Guru disarankan agar lebih kerap turun padang untuk menemui ibubapa bagi membincangkan langkah bagi menaikkan prestasi akademik para murid selepas ini.

Ini kerana para guru harus tahu bahawa peranan mereka dalam dunia pendidikan tidak hanya terhad di dalam bilik darjah atau sekolah tempatnya mengajar selama ini demikian menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Jelaing Mersat.

“Untuk menjayakan akademik murid, para guru perlu rajin mengadakan perjumpaan dengan ibubapa mereka di luar kawasan sekolah untuk mendapatkan idea serta langkah yang sesuai bagi tujuan itu.

“Saya yakin aktiviti turun padang oleh para guru untuk menemui ibubapa di luar kawasan sekolah akan dapat mempertingkatkan prestasi akademik para murid pada masa akan datang,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Saratok berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perayaan Hari Guru 2012 bagi peringkat Daerah Lubok Antu yang berlangsung di Kompleks Sukan Daerah Lubok Antu pada hari Sabtu lepas.

Selain itu Jelaing juga mahu ibubapa bersikap lebih serius untuk memajukan prestasi akademik anak-anak memandangkan pendidikan adalah aset nombor satu dalam masa depan hidup mereka.

“Pendidikan merupakan aset penting dalam hidup anak-anak kita memandangkan dunia pada masa akan datang menjadi lebih maju berbanding dengan apa yang kita lihat pada masa kini.

“Justeru saya berharap agar ibubapa boleh menyemai sikap cintakan ilmu dikalangan anak-anak demi masa depan pembangunan hidup mereka sendiri mulai sekarang,” katanya.

Majlis yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak itu turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa, ADUN Batang Ai, Malcom Mussen Lamoh, Pegawai Daerah Lubok Antu, Jack Aman dan Pegawai Pelajaran Daerah Lubok Antu, Baba Minggu.

Terdahulu Nyalau menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM20,000 kepada Persatuan Guru Daerah Lubok Antu.

Jelaing juga turut mengumumkan peruntukan MRP bernilai RM30,000 kepada Persatuan Guru Daerah Lubok Antu menerusi majlis berkenaan.

Tamat

No comments:

Post a Comment