Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Sunday, July 8, 2012

Jiranita Kampung Lemanak anjur Bengkel buat Kek Lapis Keju


Caption:

1. SELESAI...Pengerusi Jiranita KRT Kampung Lemanak, Lela Ain (duduk barisan tengah) ketika merakamkan gambar kenangan bersama para ahli sebaik sahaja tamat bengkel membuat Kek Lapis Keju di sini pada hari Ahad lepas.

2. MENYELERAKAN...Inilah Kek Lapis Keju yang telah berjaya disiapkan menerusi bengkel pembuatan Kek Lapis Keju anjuran Jiranita KRT Kampung Lemanak.

SRI AMAN, Selasa (3 Julai) – Musim perayaan Hari Raya Aidilfitri mula terasa apabila Jiranita Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Lemanak, Sri Aman telah mengadakan bengkel membuat Kek Lapis Keju di sini pada petang hari Ahad lepas.

Pengerusi Jiranita KRT Kampung Lemanak, Lela binti Ain ketika dihubungi berkata bengkel tersebut nyata mendapat sambutan apabila seramai 50 orang ahli mengambil bahagian dalam bengkel berkenaan.

“Kita mengadakan bengkel ini berdasarkan kepada permintaan para ahli yang ingin mempelajari cara membuta Kek Lapis Keju bersempena dengan sambutan perayaan Hari Raya yang akan datang.

“Untuk menjayakan bengkel tersebut pihak Jiranita KRT Kampung Lemanak telah pun menjemput Hapitah Salleh dari Jiranita KRT Rancangan Perumahan Rakyat untuk mengajar para ahli tentang cara membuat kek berkenaan,” katanya.

Beliau juga berharap agar para ahli dapat memanfaatkan sepenuhnya ilmu pembuatan Kek Lapis Keju yang telah mereka pelajari menerusi bengkel berkenaan demi faedah diri masing-masing.

Lela yakin para ahli dapat menjadikan ilmu tersebut untuk memulakan perniagaan Kek Lapis secara kecil-kecilan dan seterusnya dapat mempertingkatkan taraf ekonomi keluarga selepas ini.

Terdahulu pihak Jiranita KRT Kampung Lemanak turut mengadakan jamuan minum petang dan acara senaman poco-poco yang dikendalikan oleh Ramlee Luden demi menyerikan lagi bengkel pembuatan Kek Lapis Keju terbabit.

Hadir sama untuk menjayakan bengkel tersebut ialah Ketua Kampung Lemanak, Haji Abdul Latip bin Abdul Rahim, Pengerusi KRT Kampung Lemanak, Deli Haji Mahsen, Timbalannya, Shamat Spawi dan Bendahari KRT iaitu Ahmad Obel.

Tamat

No comments:

Post a Comment