Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Sunday, July 8, 2012

TBS bagi sumbangan kepada Surau RTM Sri Aman


Caption: TERIMALAH...Shamsul (dua kiri) ketika menyampaikan replika jam kepada Hasaini (dua kanan) sambil disaksikan oleh Hamsein (tengah) dan tetamu khas yang lain pada majlis itu malam tadi.

SRI AMAN, Rabu (27 Jun) – Pejabat Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) cawangan Sri Aman telah menyerahkan cek bantuan Kelengkapan Asas kepada Surau Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman bagi menambahbaik peralatan surau yang sedia ada di situ.

Cek bantuan Kelengkapan Asas terbabit diserah ketika TBS menerima undangan pihak RTM Sri Aman yang meraikan Program Ceramah Isra' dan Mi'raj serta sambutan Ulangtahun Ke-66 RTM di situ malam tadi.

Ketua Zon Selatan, Shamsul Bahri bin Manap berkata pihak TBS berbesar hati untuk menyalurkan bantuan kepada pengurusan masjid dan surau yang aktif menjalankan aktiviti kerohanian serta kemasyarakatan dari masa ke semasa.

Penyerahan bantuan terbabit katanya lagi lantas menghidup keberkesanan pemberian Dana Zakat terhadap institusi-institusi keagamaan Islam yang terdapat di kawasan Sri Aman.

Manakala itu Pengerusi Pengurusan Surau RTM, Haji Hasaini Haji Bujang pula berkata pihak pengurusan akan sentiasa beriltizam untuk mengimarahkan aktiviti surau dengan adanya bantuan seperti itu selepas ini.

Terdahulu, Eksekutif TBS Sri Aman, Ustaz Zulhazmi Bohari telah dijemput untuk menyampaikan ceramah Isra' dan Mi'raj yang berlangsung di Surau RTM Sri Aman berkenaan.

Hadir sama ialah Timbalan Residen Bahagian Sri Aman, Haji Hamsein Haji Atar, Penghulu Haji Abdul Samad Haji Abdul Rahim, Penghulu Haji Abang Salleh Haji Abang Kawi dan Penguasa Pejabat Tanah dan Ukur Bahagian Sri Aman, Mohd Razali Arshad.

Tamat.

No comments:

Post a Comment