Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Sunday, July 8, 2012

Tidak harus ada kepincangan dalam PIBG - Harden


Caption: SELESAI... Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis (tiga kanan) ketika menyempurnakan upacara Ngiling Tikai bersama tetamu khas yang lain pada Majlis Ngiling Tikai SK Nanga Klassen kelmarin.

SRI AMAN, Selasa (3 Julai) – Kepincangan tidak harus berlaku di dalam sesebuah Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) memandangkan ia mampu mengganggu pihak sekolah untuk melaksanakan pelbagai kegiatan mereka selepas itu.

Ini kerana masalah tersebut boleh menyumbang kepada prestasi akademik yang negatif dikalangan para pelajar sekolah itu sendiri jika ia gagal diselesaikan kata Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis.

“Sesebuah sekolah boleh mencapai prestasi akademik yang cemerlang jika wujudnya kerjasama erat di antara pihak ibubapa dan guru menerusi PIBG bagi menjayakan pelbagai aktiviti sekolah.

“Justeru saya berharap agar ibubapa mengenepikan kepentingan diri masing-masing demi menjadikan PIBG sebagai sebuah platform untuk memantapkan lagi prestasi akademik anak-anak di sekolah selepas itu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ngiling Tikai yang berlangsung Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Klassen, Sri Aman kelmarin.

Harden menerusi ucapannya juga mahu ibubapa mengalakkan pembabitan anak-anak dalam aktiviti kokurikulum di sekolah demi merangsang minda mereka ketika melalui aktiviti pembelajaran di dalam kelas.

“Aktiviti kokurikulum membolehkan para pelajar menjalani kehidupan seharian masing-masing dengan lebih sihat dan seterusnya mencergaskan lagi minda mereka ketika menjalani proses pembelajaran di sekolah.

“Atas sebab ini saya meminta ibubapa tidak menghalang minat anak masing-masing yang menceburi aktiviti kokurikulum di sekolah demi mewujudkan keseimbangan antara akademik dan sukan di dalam diri mereka selepas ini,” katanya.

Terdahulu Harden menerusi majlis berkenaan telah menyerahkan cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 kepada PIBG SK Nanga Klassen untuk kegunaan persatuan tersebut.

Hadir sama ialah Guru Besar SK Nangga Klassen, David Renang, Yang Dipertua PIBG SK Nangga Klassen, Denniel Saweng, pengerus majlis, Terry Ringgit, Kaunselor Saweng dan Kaunselor Andar.

Tamat

No comments:

Post a Comment