Caption: LEGA...Seorang Warga Emas sedang berehat sambil duduk sebaik
sahaja sedar dari pengsan sambil ditemani oleh rakannya di Open Air Market hari
ini.
SRI AMAN, Selasa (14 Feb) – Seorang Warga Emas pengsan secara tiba-tiba ketika
sedang menikmati sarapan pagi di Pasar Terbuka (Open Air Market), Sri Aman sekitar
jam 11.20 pagi hari ini.
Menurut seorang peniaga kedai makan di situ, Warga Emas terbabit sedang
menikmati sarapan berupa mee dan air bersama seorang rakannya sebelum beliau
tiba-tiba pengsan di meja makan berkenaan.
“Mungkin Warga Emas berkenaan tidak dapat sendawa ketika sedang menikmati
mee dan air di meja makan berkenaan sehingga menimbulkan rasa sesak nafas dalam
dada beliau.
“Sebaik sahaja pengsan, rakan Warga Emas terbabit bersama dengan pelanggan
gerai makanan yang berhampiran terus bertindak membantu untuk menyedarkan
kembali beliau,” kata peniaga berkenaan.
Orang ramai kemudiannya bertindak menelefon pihak Hospital Bahagian Sri
Aman berhubung kejadian tersebut sehingga pihak ambulans tiba kira-kira tiga
minit kemudian di Pasar Terbuka Sri Aman untuk mengambil Warga Emas berkenaan.
Rata-rata para pelanggan di situ melahirkan rasa lega apabila Warga Emas
terbabit berjaya disedarkan kembali sebelum pihak ambulans datang untuk
mengambil beliau bagi tujuan rawatan lanjut di Hospital Sri Aman.
Tamat.
No comments:
Post a Comment