Caption: MANFAATKAN...Nyalau menyerahkan baucer BR1M kepada seorang
penerima sambil disaksikan oleh Rayong dan tetamu khas yang lain pada majlis
itu.
ENGKILILI, Jumaat (24 Feb) – Seramai 1,800 orang penduduk dari kawasan Dewan
Undangan Negeri (DUN) Engkilili telah menerima wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia
atau BR1M kelmarin.
Majlis penyerahan BR1M ini telah berlangsung di Dewan Serbaguna Majlis
Daerah Lubok Antu, Engkilili dan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu,
William Nyalau Badak.
Nyalau ketika berucap ringkas pada majlis itu berkata penyerahan BR1M
kepada kesemua pemohon yang lulus dari kawasan DUN Engkilili akan dilakukan
sebanyak dua kali.
“Sejumlah 1,800 orang pemohon yang lulus telah menerima BR1M pada 23
Februari. Manakala 513 orang lagi pemohon BR1M yang lulus pula akan menerimanya
pada 24 Februari.
“Penyerahan BR1M kepada pemohon yang lulus dari DUN Engkilili dilakukan
sebanyak dua kali demi memudahkan lagi urusan pembayaran bernilai RM500 seorang
kepada setiap penerima,” katanya.
Selain itu Nyalau juga berharap agar penerima BR1M dari kawasan DUN
Engkilili tidak mensia-siakan pemberian wang bantuan berkenaan memandangkan
disalurkan oleh kerajaan demi kebaikan hidup mereka.
Justeru beliau berharap agar semua penerima BR1M dari DUN Engkilili dapat
menghargai bantuan dari kerajaan Barisan Nasional (BN) tersebut dengan sebaik
mungkin selepas ini.
Hadir sama ialah ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa, Pegawai Daerah
Lubok Antu, Jack Aman Luat, Ketua Polis Daerah Lubok Antu, DSP James Johnathan,
para pegawai kerajaan dan ketua kaum di sini.
Tamat.
No comments:
Post a Comment