Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, February 14, 2012

RTM adakan Majlis Perhimpunan Bulanan


Caption: TINJAU...Jefferyson (tengah) bersama Ruth (kanan) ketika meninjau sesi pemeriksaan kesihatan bersempena dengan Majlis Perhimpunan Bulanan RTM Sri Aman hari ini.

SRI AMAN, Selasa (15 Feb) – Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Februari 2012 bertempat di stesen jabatan berkenaan hari ini.

Majlis yang bermula seawal jam 8 pagi itu telah pun disertai oleh 67 orang kakitangan RTM Sri Aman dengan upacara nyanyian lagu Negara Ku dan lafaz ikrar perkhidmatan awam menjadi acara pembuka tirai bagi perhimpunan berkenaan.

Sebaik sahaja selesai kedua-dua acara berkenaan, majlis telah diteruskan lagi dengan ucapan oleh Pengurus Penyiaran RTM Sri Aman iaitu Valentino Jeffryson Munan di auditorium jabatan berkenaan.

“Turut diadakan ialah sesi ceramah kesihatan dan penyampaian insentif pendidikan untuk anak para kakitangan yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tahun 2011.

“Disamping itu kita juga turut menyampaikan cenderamata penghargaan kepada pengawal keselamatan Stesen RTM Sri Aman iaitu Iskandar Joni yang akan berpindah tugas ke Kuching selepas ini,” kata jurucakap majlis, Ruth Ampong.

Majlis itu kata Ruth turut dimeriahkan lagi dengan upacara sesi pemeriksaan kesihatan dan kempen derma darah yang dijayakan menerusi kerjasama Jabatan Kesihatan Bahagian Sri Aman.

Kesemua kakitangan telah mengambil kesempatan dalam kempen derma darah dan sesi pemeriksaan kesihatan terbabit sebelum mereka bersurai sebaik sahaja selesai menikmati jamuan ringan di situ.

Turut diselitkan dalam program terbabit ialah upacara penyerahan pakaian terpakai oleh RTM Sri Aman Bulan Sabit Merah cabang Sri Aman yang diterima oleh Pengerusi Bencana Alam pertubuhan terbabit iaitu Mas Mashore Haji Maslem.

“Justeru kami berharap agar kesemua kakitangan RTM Sri Aman mendapat maklumat terkini daripada Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan menerusi penganjuran majlis berkenaan.

“Kita juga berharap agar majlis ini dapat mengingatkan mereka tentang tanggungjawab dan disiplin ketika melaksanakan tugas masing-masing di RTM Sri Aman dari masa ke semasa,” kata Ruth.

Tamat.


No comments:

Post a Comment