Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Monday, February 13, 2012

Pembayaran pusingan kedua BR1M bagi Parlimen Sri Aman bermula sekarang


Caption: MANFAATKAN...Masir (kiri) menyampaikan baucer BR1M kepada seorang penerima (kanan) sambil disaksikan olefh Felicia (tengah) dan tetamu khas lain pada majlis itu hari ini.

SRI AMAN, Isnin (13 Feb) – Seramai 5,355 orang pemohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia dari kawasan Parlimen Sri Aman layak untuk menerima bayaran bagi peringkat kali kedua pada masa sekarang.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat memberitahu 3,791 orang pemohon dari jumlah itu datang dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang dengan 1,233 dan 331 orang lagi dari DUN Bukit Begunan serta DUN Balai Ringin.

“Pemohon BR1M dari DUN Simanggang dan DUN Bukit Begunan yang layak menerima pembayaran peringkat kali kedua ini boleh menyemak nama masing-masing di khemah khas luar kawasan Pejabat Residen Bahagian Sri Aman mulai sekarang.

“Manakala pemohon BR1M dari DUN Balai Ringin yang layak menerima pembayaran peringkat kali kedua ini pula boleh menyemak nama masing-masing di Pejabat Daerah Kecil Pantu,” katanya.

Selain itu pemohon yang layak dari DUN Simanggang dan DUN Bukit Begunan kata beliau juga perlu mendaftar di kaunter khas Pejabat Residen Sri Aman untuk mendapatkan angka giliran bagi menerima baucer pembayaran BR1M berkenaan.

Langkah bersistematik ini kata Masir adalah penting demi mengelakkan berlakunya kesesakan dikalangan pemohon BR1M yang datang ke situ bagi menuntut pembayaran BR1M bagi sepanjang tempoh minggu ini.

“Pejabat Residen Bahagian Sri Aman secara puratanya hanya dapat melakukan pembayaran kepada 750 orang pemohon sehari ketika waktu kerja pejabat bermula dari hari Jumaat lepas.

“Dengan kata lain, pemohon BR1M dari DUN Simanggang dan Bukti Begunan perlu menyemak angka giliran mereka dengan teliti untuk mengetahui waktu sebenarnya mereka boleh ke situ bagi menuntut bayaran masing-masing,” katanya.

Terdahulu Masir tiba di Pejabat Residen Bahagian Sri Aman untuk menyempurnakan simbolik pembayaran BR1M kepada pemohon yang layak dari kawasan DUN Simanggang dan Bukit Begunan pada jam 9 pagi hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Residen Bahagian Sri Aman, Felicia Tan, Pegawai Tadbir Sosial Pejabat Residen Sri Aman, Zaidi Sarkawi dan pembantu khas kepada Masir, Abah Unggie.

Tamat

No comments:

Post a Comment