Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Sunday, February 12, 2012

Emot gembira dapat BR1M



GEMBIRA...Seorang penduduk Warga Emas dari kawasan Sri Aman, Emot anak Datu (kanan) menunjukkan lima keping wang not RM100 kepada pemberita sebaik sahaja menunaikan baucer Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di Mini Stadium Sri Aman pagi kelmarin. Emot merupakan salah seorang daripada 1,460 orang penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang yang menerima BR1M menerusi majlis yang berlangsung di Mini Stadium Sri Aman kelmarin. BR1M ini telah disampaikan oleh Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda Permodenan Pertanian, Datuk Mong Dagang dan Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat. - 8 FEBRUARI

No comments:

Post a Comment