Caption: TERUS...Gambar menunjukkan keadaan motorsikal berkuasa tinggi
milik mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kemintin Klauh, Sri Aman pada
lewat petang Jumaat lepas.
SRI AMAN, Isnin (20 Feb) – Seorang lelaki mengalami kecederaan serius di bahagian
muka kiri dan bahu kanan setelah motorsikal yang ditunggang olehnya terlibat
dalam kemalangan jalan raya di kawasan Kemintin Klauh, Sri Aman pada petang
Jumaat lepas.
Saksi dari tempat kejadian memberitahu, mangsa terbabit dipercayai sedang
menunggang motorsikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki dari arah Sri Aman menuju
ke Kuching sebelum berlakunya kemalangan itu.
“Kebetulan pada waktu itu, terdapat seorang penunggang lelaki dipercayai
juga dari arah Sri Aman secara kebetulan mahu memasuki kawasan simpang kanan
menuju ke rumah sebuah penduduk di situ.
“Lelaki itu dipercayai bersikap was – was ketika mahu memasuki simpang jalan
tersebut. Faktor ini dipercayai menyebabkan mangsa melanggar motorsikal lelaki
tersebut dari arah belakang,” kata sumber.
Pelanggaran tersebut kata sumber telah menyebabkan mangsa bersama
motorsikalnya jatuh berpusing beberapa kali dipercayai lebih dari 20 meter
sebelum berhenti di sebuah kawasan rumah baru di situ.
Manakala lelaki yang mahu menunggang motorsikal menuju masuk ke kawasan
simpang kanan jalan itu pula kata sumber telah terjatuh di kawasan perhentian
bas tidak jauh dari lokasi kejadian tersebut.
“Mangsa dilihat memakai jaket tebal seperti yang digunakan oleh sesetengah penunggang
motorsikal berkuasa tinggi ketika berlakunya kemalangan di kawasan Kemintin
Klauh berkenaan.
“Saya percaya mangsa boleh mengalami kecederaan lebih terus jika tidak
memakai jaket itu. Namun mujurlah kemalangan jalan raya ini tidak menyebabkan
kehilangan jiwa antara kedua-dua pihak tersebut,” kata sumber.
Mangsa dipercayai telah mendapatkan rawatan di Hospital Bahagian Sri Aman
setelah berlakunya kemalangan itu dengan bahagian hadapan motorsikalnya
terputus dari badan utama disebabkan oleh kejadian tersebut.
Tamat.
No comments:
Post a Comment