Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, February 21, 2012

KRT Tanjung Engkabang meriahkan sambutan Maulidur Rasul



Caption: SERIUS...Zulhazmi (gambar kecil) sedang menyampaikan ceramah kepada penduduk Tanjung Engkabang bersempena dengan majlis itu malam tadi.

SRI AMAN, Selasa (21 Feb) – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tanjung Engkabang telah mengadakan majlis Solat Magrib dan Isya di kediaman salah seorang ahli biro keagamaan di situ iaitu Razali Taha malam tadi.

Jurucakap penganjur ketika ditemui berkata majlis Solat Magrib dan Isya ini bertujuan untuk memeriahkan lagi suasana sambutan Maulidur Rasul 1433 H / 2012 M yang bermula semenjak 5 Februari lepas.

“Majlis Solat Magrib dan Isya ini secara tidak langsung juga akan dapat merapatkan lagi jurang kemasyarakatan dan perpaduan antara ummah antara kaum muslimin dan muslimah di kampung ini.

“Justeru diharapkan agar majlis Solat Magrib dan Isya ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan semua ummah mendapat bimbingan serta pengajaran mengikut ajaran Al-Quran selepas ini,” katanya.

Terdahulu majlis Solat Magrib dan Isya ini telah diserikan lagi dengan takzirah berkenaan dengan junjungan Nabi Muhammad S.AW oleh penceramah yang didatangkan dari Tabung Baitulmal Sarawak iaitu Ustaz Haji Zulhazmi Bohari.

Selain itu KRT Tanjung Engkabang juga turut menyampaikan sumbangan kematian  kepada salah seorang isteri ahli Jiran Usia Emas menerusi majlis Solat Magrib dan Isya berkenaan.

Hadir sama ialah Penolong Pegawai Perpaduan Dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman, Siti Rohani, Pemanca Mas Shamsiah Haji Maslem, Penghulu Haji Abang Mohd Salleh, KK Haji Abang Mazeman dan para pengerusi KRT di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment