Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Monday, February 20, 2012

Lelaki maut ketika memasang jaring di anak sungai Munggu DEmam, Simunjan



Mugshot: RICKY KUNJIN

SIMUNJAN, Jumaat (17 Feb) – Bapa kepada tiga orang anak telah menemui ajal ketika cuba memasang jaring ikan di sebuah laluan anak sungai dalam kawasan perkampungan Munggu Demam, Simunjan petang kelmarin.

Menurut sumber, Ricky Kunjin, 30, dari Rumah Gana Jampong, Kesindu, Simunjan dipercayai mati lemas ketika cuba memasang jaring di kawasan anak sungai dalam kawasan perkampungan berkenaan.

Sebelum berlakunya kejadian, mangsa dipercayai telah sempat beramah-mesra dengan sepupu dan rakan-rakan sekampungnya pada waktu pagi kelmarin sebelum berlakunya kejadian itu.

“Sekitar jam 5 petang, mangsa dipercayai telah membawa anak sulung dan bapanya memasang jaring di sebuah laluan anak sungai berdekatan dengan kawasan perkampung Munggu Demam.

“Si bapa nyata yakin terhadap kebolehan si mangsa dalam hal ini. Justeru mangsa telah membawa anak sulungnya untuk membantu memasang jaring ikan di anak sungai berkenaan dengan si bapa menunggu di bangsal,” kata sumber.

Bagaimanapun mangsa yang sebelum ini dilihat gemar memasang jaring ikan hanya di kawasan tebingan sungai telah bertindak aneh dengan cuba memasang jaring berkenaan merentai anak sungai itu.

Dengan anak sulung mangsa menahan jaring di tebingan sungai, mendiang Ricky dipercayai berenang ke kawasan seberang tebingan sungai sambil mengheret jaring sebelum beliau kelihatan lemah dan mula tenggelam di kawasan tengah sungai tersebut.

“Anang sulu mangsa kemudiannya memaklumkan kepada datuknya berhubung perkara ini. Bapa mendiang Ricky bertindak terjun ke anak sungai berkenaan untuk menyelamatkan mangsa.

“Segalanya sudah terlambatnya. Kaki mangsa dipercayai telah terbelit di jaring berkenaan kerana disebabkan arus deras air sehingga menyebabkan mendiang Ricky mati lemas,” kata sumber.

Mayat mendiang telah dimandikan kelmarin dan akan menjalani upacara penghormatan terakhir pada hari Jumaat sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Iban Kristian dalam perkampungan tersebut pada hari Sabtu ini (18 Februari).

Tamat



No comments:

Post a Comment