Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Sunday, February 12, 2012

Kampung Hilir Sri Aman anjur perarakan Maulidur Rasul



Caption: UNTUK ALBUM...Ahli Jiran Muda, Jiran Usia Emas dan Jiran Wanita KRT Tanjung Engkabang bergambar kenangan sebaik sahaja tamat perarakan Maulidur Rasul di Sri Aman baru-baru ini.

SRI AMAN, Khamis (9 Feb) – Penduduk Kampung Hilir, Sri Aman turut tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan sambutan Maulidur Rasul 1433 H / 2012 M yang disambut oleh seluruh umat Islam dari seluruh dunia pada 5 Februari lepas.

Ia terbukti apabila pihak Jawatankuasa Pengelola Kampung Hilir telah mengadakan acara perarakan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 2012 berkenaan di sini baru-baru ini.

Sambil diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri, para penduduk memulakan perarakan mereka dari Dewan Serbaguna Kampung Hilir bermula jam 7.30 pagi.

Dari Dewan Serbaguna Kampung Hilir, para penduduk terbabit telah berarak melalui Jalan Tanjung Engkabang dan Jalan Pinang sebelum ia berakhir di Masjid Besar Sri Aman.

Perarakan yang disertai oleh JKKK, Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak dan Pertubuhan Bukan Kerajaan di sini nyata turut dimeriahkan dengan pertandingan mewarna yang berlangsung di masjid berkenaan.

Terdahulu Pengerusi KRT Tanjung Engkabang, Mas Mashore Haji Maslem ketika ditemui berharap agar sambutan Maulidur Rasul kali ini akan dapat merapatkan hubungan sesama umah dari masa ke semasa.

Beliau berharap agar sambutan Maulidur Rasul kali ini akan mendidik semua ahli KRT Tanjung Engkabang untuk menyemai sikap bertanggungjawab dalam menjaga perpaduan antara ummah selepas ini.

“Saya berharap agar semua ahli KRT Tanjung Engkabang beragama Islam untuk mencontohi teladan Rasullalah S.A.W dalam memperkembangkan syariat Islam pada masa dahulu demi pembangunan ummah pada masa akan datang,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment