Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Monday, February 20, 2012

JPAM Simunjan alukan ahli baru



Caption: UNTUK ALBUM...Anggota JPAM Simunjan bergambar kenangan sebaik sahaja selesai perarakan tersebut di Simunjan baru-baru ini.

SIMUNJAN, Jumaat (17 Feb) – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Simunjan mengalu-alukan penglibatan lebih ramai penduduk dari kawasan Simunjan untuk menganggotai jabatan berkenaan selepas ini.

Pegawai JPAM Daerah Simungan, Sugiman Mut berkata penyertaan penduduk khasnya para belia akan dapat membantu mengatasi masalah bencana alam yang membabitkan bidang kuasa jabatan tersebut.

“JPAM Daerah Simunjan kini mempunyai seramai 33 orang anggota. Bagaimanapun pihak kami berharap agar JPAM Daerah Simunjan akan mendapat lebih ramai anggota selepas ini,” katanya.

Sugiman turut menambah bahawa pihak JPAM Daerah Simunjan masih belum mempunyai bangunan operasi mereka sendiri dan masih menumpang di bilik kedai di Pekan Simunjan hingga sekarang.

Justeru beliau berharap agar pihak JPAM dapat membantu menyediakan sebuah pejabat khas untuk memudahkan JPAM Daerah Simunjan melaksanakan pelbagai operasi serta lain-lain operasi selepas ini.

Terdahulu anggota JPAM Daerah Simunjan yang beragama Islam telah turut sertai menyertai untuk meraikan sambutan Maulidur Rasul 1433H/2012M Peringkat Daerah Simunjan baru-baru ini.

Ia merupakan penglibatan kali pertama oleh JPAM Daerah Simunjan dalam Maulidur Rasul 1433H/2012M Peringkat Daerah Simunjan semenjak jabatan itu ditubuhkan pada empat bulan lepas.

Dalam perarakan berkenaan pihak JPAM Daerah Simunjan telah pun berjaya mengondol kedudukan Naib Juara Kontinjen dan Naib Johan Pertandingan Sepanduk menerusi acara perarakan terbabit.

Tamat.

No comments:

Post a Comment