Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, February 21, 2012

Saniah dipilih semula sebagai Pengerusi PPWS Kampung Pangkat, Sri Aman



Caption: UNTUK ALBUM...Barisan muka baru PPWS cawangan Kampung Pangkat, Sri Aman bergambar kenangan bersama penyelaras mesyuarat sebaik sahaja selesai mesyuarat agung berkenaan.

SRI AMAN, Isnin (20 Feb) -  Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) cawangan Kampung Pangkat, Sri Aman telah mengadakan mesyuarat agung untuk memilih ahli jawatankuasa kerja yang baru bagi sesi 2012-2015 di sini baru-baru ini.

Mesyuarat agung yang berlangsung di kediaman Saniah Julhi pada jam 9 pagi itu menyaksikan beberapa muka baru terpilih untuk membarisi ahli jawatankuasa kerja perkumpulan tersebut bagi penggal 2012 – 2015 ini.

Saniah Julhi telah dikekalkan sebagai Pengerusi PPWS cawangan Kampung Pangkat, Sri Aman bagi penggal 2012 – 2015 dengan Maznaliza Abdullah dilantik semula sebagai Timbalan Pengerusi beliau.

Manakala itu Nadzirah Rusli pula telah dilantik sebagai Setiausaha dengan Kamariah Abdullah dilantik sebagai Bendahari untuk PPWS cawangan Kampung Pangkat, Sri Aman bagi penggal 2012 – 2015.

Sementara itu lima orang ahli baru telah dipilih untuk menganggotai jawatankuasa tersebut antaranya ialah Sabtuyah Sahari, Norollah Talip, Dayang Rupiah Muhi, Jamanyah Bonchai dan Nur Ain Rusli.

Saniah ketika berucap sebaik sahaja selesai sesi pemilihan itu merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kerana telah diberi kepercayaan sekali lagi untuk memimpin PPWS di kawasan berkenaan.

Justeru beliau berharap agar kerjasama dan sokongan seperti yang telah diberikan selama ini akan terus dikekalkan agar lebih banyak aktiviti dirancang serta dilaksanakan dengan jayanya di masa akan datang.

Hadir sama sebagai penyelaras mesyuarat tersebut ialah Pengerusi PPWS Kawasan Sri Aman, Nur Khatijah Abdullah, Pengerusi PPWS Daerah Sri Aman, Saidah Saibi, Pengelola PPWS Kawasan Sri Aman, Jenny Goh dan Bendahari PPWS Kawasan Sri Aman, Roslane Anthony.

Tamat.

No comments:

Post a Comment