Caption: NGERI...Kenderaan pacuan empat roda yang dipandu oleh mendiang
James kelihatan remuk di bahagian kanan akibat kemalangan maut itu di simpang
Lubok Antu awal pagi kelmarin.
ENGKILILI, Isnin (13 Feb) - Dua orang maut dalam sebuah kemalangan jalan raya
yang membabitkan sebuah van dengan
kereta pacuan empat roda di simpang jalan raya Lubok Antu dalam bahagian
Sri Aman awal pagi kelmarin.
Pemandu van dan kereta pacuan empat roda mati di tempat kejadian setelah
kereta yang dipandu oleh mereka berdua bertembung dalam kejadian kemalangan
yang berlaku pada jam 4 pagi itu.
Pemandu van maut itu dikenali sebagai Yong Ying Kwong, 57 berasal dari Sri
Aman manakala pemandu kereta pacuan empat roda James Peter anak Berandah, 51,
dari Saratok.
Sementara itu isteri mendiang Kwong yang turut berada dalam van itu hanya
patah kaki sebelah kanan dan dihantar ke Hospital Bahagian Sri Aman untuk
mendapatkan rawatan lanjut.
Menurut sumber, Kwong sedang dalam perjalanan dari Sri Aman hendak menuju
ke Pekan Lubok Antu sebelum kenderaan yang dipandu oleh beliau bertembung
dengan pacuan empat roda milik James dari arah Betong.
Tamat…
.
No comments:
Post a Comment