Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, February 21, 2012

Wanita mampu berdiri sama tinggi dengan lelaki - Mong


Caption: SELAMAT DATANG...Mong (kanan) dan Sophia (kiri) ketika mengiringi ketibaan Zahar di Rumah Michael John, Entebar bersempena dengan lawatan ke situ hari ini.

SRI AMAN, Selasa (21 Feb) – Golongan wanita telah membuktikan bahawa mereka mampu bersaing dengan kaum lelaki dalam menceburi bidang kerjaya professional pada masa sekarang.

Menteri Muda Permodenan Pertanian, Datuk Mong Dagang berkata ia terbukti apabila Senator Dorris Sophia Brodie telah dilantik untuk memegang jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara baru-baru ini.

“Perlantikan beliau (Sophia) sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara adalah merupakan satu penghormatan untuk kaum wanita di negara ini juga untuk rakyat negeri Sarawak dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

“Disamping penghormatan, ia menunjukkan bahawa golongan wanita berkeupayaan untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan yang sering dipegang oleh kaum lelaki di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Lawatan Rasmi Yang Dipertua Dewan Negara Malaysia iaitu Tan Sri Abu Zahar Ujang bertempat di Rumah Michael John, Entebar, Sri Aman hari ini.

Selain itu perlantikkan Sophia juga turut membuktikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menjadikan faktor jantina sebagai kelayakan utama bagi memegang jawatan tertinggi di dalam negara ini.

Justeru beliau berharap agar perlantikan Sophia menjadi sejarah penting negara untuk dicatatkan dalam Guinnes Book Of Record selepas ini sebagai wanita kedua yang dilantik untuk memegang jawatan tersebut.

Hadir sama ialah Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Dorris Sophia Brodia, Menteri Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, ADUN Balai Ringin, Snowdan Lawan dan Residen Sri Aman, Johnathan Lugoh.

Terdahulu Mong menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Michael John, Entebar.

Tamat.

No comments:

Post a Comment