Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, February 23, 2012

RM400K untuk naiktaraf padang sukan SMK Engkilili



Caption: SELAMAT DATANG...Nyalau (kanan sekali) ketika tiba di perkarangan SMK Engkilili bersama kakitangan sekolah di situ sebelum merasmikan majlis berkenaan.

SRI AMAN, Rabu (22 Feb)– Kerajaan telah pun memperuntukan lebih RM400,000 bagi menaiktaraf padang sukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engkilili demi kebaikan pelajar di sekolah berkenaan.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Program Pemilihan Bakat Atlit Ko – Kurikulum Kali Ke-40 SMK Engkilili pada hari Isnin lepas.

“Sebaik sahaja kerja menaiktaraf padang sukan SMK Engkilili dimulakan maka sebarang aktiviti tidak akan dapat dilaksanakan di kawasan padang tersebut buat sementara waktu,” katanya.

Beliau turut berkata bahawa peruntukan terbabit adalah merupakan keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menaiktaraf kemudahan setiap sekolah yang ada di negara ini.

Dengan adanya usaha naiktaraf terbabit maka setiap pelajar dan kakitangan sekolah tersebut kata Nyalau akan dapat menikmati segala faedah pembangunan yang telah kerajaan hulurkan kepada mereka selepas ini.

Justeru beliau berharap agar pelajar SMK Engkilili memanfaatkan kemudahan tersebut dengan sebaik mungkin demi kebaikan taraf hidup kesihatan hidup mereka pada masa akan datang.

“Saya juga mahu menasihatkan para pelajar agar tidak berpura-pura bersikap disiplin di hadapan ibubapa mahupun guru masing-masing kerana ia boleh menentukan hala tuju hidup mereka selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment