Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, February 16, 2012

2,139 penduduk Simunjan mula terima BR!M


Caption: TERIMALAH...Nancy (kiri) ketika sedang menyerahkan baucer BR1M kepada seorang penerima ketika berlangsungnya majlis itu hari ini.

SIMUNJAN, Khamis - Seramai 2,139 penduduk dari sekitar kawasan daerah Simunjan telah mula menerima wang bantuan di bawah skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) hari ini.

Baucar tunai BR1M berkenaan telah pun disampaikan secara simbolik oleh Ahli Parlimen Batang Sadong iaitu Hajah Nancy Haji Shukri menerusi majlis yang berlangsung di Dewan Mesra, Majlis Daerah Simunjan (MDS).

Nancy ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan itu berkata program pengagihan BR1M kepada penduduk dalam kawasan daerah Simunjan ini mencakupi 5,610 orang pemohon yang lulus.

“Pembayaran BR1M kepada 5,610 orang pemohon yang telah lulus berkenaan akan terus dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai dari 15 hingga 17 Februari ini,” katanya.

Selain itu sumbangan BR1M kata Nancy juga telah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) prihatin terhadap rakyat yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

Beliau juga berharap agar pemohon BR1M yang menerima wang bantuan berkenaan agar menggunakan bantuan tersebut dengan sebaik mungkin demi faedah diri mereka dan keluarga selepas ini.

“Justeru saya menasihatkan agar mereka yang layak tetapi belum mengemukakan permohonan supaya segera menyerahkan borang berkenaan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya.

Nancy juga turut menasihatkan individu yang ditolak permohonannya berhubung BR1M agar membuat rayuan segera dengan mengemukakan borang rayuan beserta dokumen yang lengkap kepada LHDN selepas ini.

Hadir sama bagi menyaksikan penyerahan baucar BR1M berkenaan ialah Pegawai Daerah Simunjan, Haji Zainul Abidin Hussain, Setiausaha Majlis Daerah Simunjan, Sait Enggang dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment