Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, February 16, 2012

Kerosakan Jalan Resak susahkan orang ramai


Caption: PERLU PERHATIAN...Gambar menunjukkan keadaan Jalan Resak yang rosak dan merekah hasil tinjauan Utusan Sarawak hari ini.

SRI AMAN, Khamis (16 Feb) – Pengguna kenderaan meminta jasa baik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menurap semula rekah dan lubang jalan yang terdapat di tengah laluan Jalan Resak selepas ini.

Walaupun kerosakan terbabit tampak tidak serius, para pengguna kenderaan yang sering menjadikan kawasan itu sebagai laluan singkat percaya ia akan memberi kesan panjang terhadap kenderaan masing-masing di masa akan datang.

“Kerosakan berupa rekahan dan lubang di laluan Jalan Resak ini menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan pengguna kenderaan dari kawasan itu sendiri termasuk dari Taman Loon-Loon, Foochow dan Jalan Batang Lupar.

“Kami terpaksa memperlahankan kenderaan sekiranya tiba di kawasan ini demi mengelakkan berlakunya hentakkan keras terhadap kenderaan kami acapkali melalui laluan tersebut,” kata seorang pengguna kenderaan yang enggan namanya disiarkan.

Katanya kenderaan seperti kereta boleh mengalami kerosakan pada sistem penyerap hentakan (absorber) dalam jangka masa panjang sekiranya kerosakan tersebut terus dilalui oleh mereka selepas ini.

Justeru mereka merayu PBT agar mengambil langkah segera untuk menurap kembali rekahan dan lubang jalan yang muncul di Jalan Resak demi keselesaan pengguna yang lain.

Tinjauan Utusan Sarawak hari ini mendapati bahawa kerosakan Jalan Resak menjangkaui jarak sejauh lima meter dan tidak boleh dilalui secara melulu oleh pemandu kenderaan di sini.

Tinjauan juga mendapati bahawa Jalan Resak menjadi laluan kegemaran utama penduduk yang sering berulang-alik ke SMK Simanggang, Jalan Foochow, Taman Loon-Loon dan Jalan Batang Lupar di bandar ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment