Caption:
1. UNTUK ALBUM...Para pelajar PTPL bergambar kenangan bersama guru mereka
ketika berlangsungnya bengkel berkenaan baru-baru ini.
2. FOKUS...Para pelajar sedang memberi perhatian ketika sesi ceramah
motivasi Positif Thinking pada bengkel berkenaan.
KUCHING, Isnin (20 Feb) – Seramai 100 orang pelajar Kolej Pusat Teknologi dan
Pengurusan Lanjutan (PTPL) Sarawak telah menghadiri Bengkel Gempur Final
Sekolah Sains Kesihatan yang berlangsung di Kuching baru-baru ini.
Jurucakap menerusi siaran berita yang dihantar kepada mail elektronik
(e-mail) kepada Utusan Sarawaj memberitahu para peserta bengkel ini terdiri
daripada pelajar Program Sijil Sains Kesihatan dan Diploma Teknologi Makmal
Perubatan
“Perlaksanaan bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar tentang
teknik belajar dengan berkesan disamping menjawab soalan peperiksaan dengan
lebih cekap dan efisien.
“Ia juga bertujuan untuk menjelaskan kepada semua pelajar mengenai persediaan
yang perlu dilakukan sebelum, ketika dan selepas menghadapi
peperiksaan,”menurut siaran berita itu.
Selain itu aktiviti berkenaan katanya juga secara tidak langsung akan dapat
menyerap elemen meningkatkan motivasi para pelajar bagi mencapai kejayaan yang
lebih tinggi melalui pemikiran positif.
Katanya bengkel ini telah pun dimulakan dengan slot motivasi ‘Positive
Thinking’ untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan berfikiran
secara positif bagi mencapai kejayaan tinggi di masa akan datang.
“Ia juga diteruskan dengan Slot LDK yang menyemai semangat berpasukan dan
kemahiran mendengar disamping menyampaikan maklumat dalam aspek pembelajaran dari
dalam dan luar kelas,” katanya.
Terdahulu bengkel yang bermotokan ‘Yes We Can’ ini telah dirasmikan oleh Pengetua
Kolej PTPL Sarawak, Aidil Adzhar Abu Samah sambil disaksikan oleh Naib Pengetua
(Hal Ehwal Akademik) PTPL Sarawak, Efida Nawawi dan Ketua Sekolah Sains
Kesihatan, Felicia Girim.
Aidil menerusi amanatnya telah menekankan kepentingan pelajaran untuk masa
hadapan sambil memuji usaha yang dilakukan oleh pihak Sekolah Sains Kesihatan
yang cukup prihatin dalam memahami kehendak pelajar mereka dengan menganjurkan
bengkel ini.
Tamat
No comments:
Post a Comment