Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Sunday, February 12, 2012

Pemangku TYT buat kunjungan TBC di Sri Aman




Caption:

1. PENGHARGAAN...Mantan Temenggong Tan Chong Meng sedang menyampaikan cenderamata kepada Datuk Amar Asfia sambil disaksikan oleh Datin Amar Fatimah dan Datuk Naroden ketika berlangsungnya majlis itu hari ini.

2. UNTUK ALBUM...Asfia (duduk tengah) ketika merakamkan gambar kenangan bersama tetamu kehormat ketika mengadakan lawatan majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Rumah mantan Temenggong Tan Chong Meng hari ini.

SRI AMAN, Rabu (8 Feb) – Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak, Datuk Amar Haji Mohammad Asfia Awang Nasar telah mengadakan lawatan Rumah Terbuka Tahun Baru 2012 di empat buah kediaman Ketua Kaum Cina dalam Bandar Sri Aman hari ini.

Sambil ditemani isterinya, Datin Amar Fatimah Mohd Iskandar, Asfia telah mengadakan lawatan pertamanya ke kediaman mantan Temenggung iaitu Tan Chong Meng pada jam 10.10 pagi.

Turut sama menyertai beliau ialah Menteri Muda Pembangunan Usahawan Bumiputera, Datuk Haji Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri.

Beliau bersama rombongan telah meluangkan masa selama 20 minit untuk menikmati jamuan pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di kediaman mantan Temenggong Tan sebelum berangkat ke kediaman Penghulu Lee Siang Hua di Taman Vistagro.

Asfia dan rombongan tiba di kediaman Penghulu Lee pada jam 10.45 pagi dan meluangkan masa untuk beramah mesra dengan ahli keluarga ketua kaum berkenaan sehingga jam 11.20 pagi.

Dari kediaman Penghulu Lee, beliau bersama rombongannya kemudiannya berangkat menuju ke kediaman Kapitan Kueh Aik Seng di lorong Hup Seng, Jalan Brayun untuk mengadakan lawatan rumah terbuka di situ.

Asfia dan rombongan mengakhiri lawatan rumah terbukanya dengan berkunjung ke  kediaman Temenggung Sii Toh Peng di Jalan Hopping, Sri Aman pada jam 12.30 tengahari sebelum berangkat pulang ke Kuching.

Lawatan rumah terbuka ini juga turut disertai oleh Pegawai Daerah Sri Aman, Ismawie Salleh, Timbalan Residen Sri Aman, Felicia Tan Yan Hua, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman, Cassidy Morris.

Tamat.


No comments:

Post a Comment