Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Monday, February 20, 2012

Kampung Selantik Pantu bakal nikmati elektrik 2013



Mugshot: HEAROLD ERNEST

PANTU, Khamis (17 Feb) – Sedikit harapan telah timbul dalam diri penduduk luar bandar khasnya dari Rumah Hearold Ernest, Selantik Ili, Pantu apabila borang permohonan Bekalan Elektrik Luar Bandar mula diterima oleh mereka dalam minggu ini.

Tuai Rumah Hearold Ernest ketika ditemui berkata penduduk Selantik Ili sememangnya telah menantikan saat kemasukan bekalan elektrik 24 jam ke kampung mereka daripada pihak kerajaan selama ini.

“Pihak pemaju projek berkenaan telah ke kampung kami pada hari Isnin lepas untuk mengedarkan borang permohonan bekalan elektrik 24 jam yang dijangka akan masuk ke sini (Selantik Ili) pada awal tahun hadapan.

“Bagi kami ia merupakan satu berita baik. Saya yakin penduduk dari lain-lain rumah panjang dalam kawasan Pantu yang masih belum menikmati bekalan elektrik 24 jam akan bergembira mendengar berita ini,” katanya.

Selain itu penduduk Selantik Ili kata Hearold juga masih bergantung kepada enjin janakuasa elektrik untuk mendapatkan bekalan kuasa tersebut bagi tujuan keperluan rumah masing-masing selama ini.

Namun begitu beberapa buah keluarga dalam kampung beliau nyata tidak mampu membeli sebuah enjin janakuasa elektrik disebabkan harganya yang terlalu mahal selama ini.

“Akibatnya mereka terpaksa bergantung kepada pelita untuk menerangi suasana bilik pada waktu malam. Justeru kemasukan bekalan elektrik 24 jam pada tahun hadapan nyata memberi harapan baru kepada penduduk di sini pada masa akan datang,” katanya.

Justeru Hearold mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana telah berusaha untuk menaiktaraf hidup di kawasan luar bandar dari masa ke semasa.

Terdahulu kerajaan sedang membina sebuah stesen kecil janakuasa elektrik di kawasan Lachau yang telah menelan kos RM30 juta dan dijangka bakal siap pada penghujung tahun ini.

Tamat.




No comments:

Post a Comment