Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, February 23, 2012

Kekalkan semangat Kekitaan - Wong



Caption: TERIMALAH...Wong (kiri) menyerahkan replika cek kepada Kesatuan Buddha Betong (kanan) sambil disaksikan oleh Harden, Masir dan Lee pada majlis berkenaan baru-baru ini.

SRI AMAN, Rabu (22 Feb) – Semangat kekitaan amat penting bagi memperkukuhkan hubungan perpaduan di antara ahli Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang berbilang kaum dari masa ke semasa.

Menteri Kewangan Kedua, Dato Sri Wong Soon Koh menegaskan perkara ini ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina 2012 anjuran SUPP cawangan Simanggang di Dewan Suarah Sri Aman baru-baru ini.

Tanpa semangat kekitaan, SUPP kata beliau tidak akan dapat mencapai matlamat utama perjuangan parti iaitu membangunkan hidup semua rakyat tanpa mengira latar belakang agama dan kaum di negeri ini.

“Lupakan masalah dalaman parti pada masa sekarang. Paling pentingnya ialah semua ahli (SUPP) perlu menghulurkan kerjasama masing-masing kepada barisan pemimpin untuk menjayakan matlamat perjuangan parti dari masa ke semasa.

“Justeru ingin saya tekankan di sini bahawa semangat kekitaan perlu wujud dalam diri setiap ahli parti SUPP dan saling bekerjasama untuk menjayakan perjuangan membangunkan hidup rakyat mulai sekarang,” katanya.

Selain itu Wong juga menyeru semua ahli SUPP untuk sentiasa bersatu-hati bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang disamping lebih kerap turun padang untuk menemui rakyat dari masa ke semasa.

Beliau pada majlis itu juga berkata bahawa SUPP akan turun padang bagi membantu memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Sri Aman dengan menyokong Masir Kujat pada PRU13 kelak.

Terdahulu Wong pada majlis berkenaan telah menyerahkan replika cek peruntukan bernilai RM10,000 kepada Kesatuan Buddha Betong sambil disaksikan oleh tetamu khas yang lain.

Hadir sama ialah Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda Sukan, Datuk Lee Kim Shin, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat dan barisan pemimpin SUPP yang lain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment