Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Sunday, February 12, 2012

Jabatan Bomba sasar penubuhan Pusat Kempen Cegah Kebakaran di 50 buah rumah panjang di Sarawak




Caption:

1. TERIMA KASIH...Hisham (kiri sekali) dan Silon (kanan) sekali ketika menyampaikan cenderamata kepada Nyalau serta Rayong pada majlis itu.

2. MANFAATKAN...Hisham (dua kiri) ketika menyampaikan alat pemadam kebakaran kepada penduduk pada program itu sambil disaksikan oleh Jilin (kiri sekali).

ENGKILILI, Jumaat (10 Feb) – Jabatan Bomba Dan Penyelamat mensasarkan penubuhan Pusat Kempen Mencegah Kebakaran di 50 buah rumah panjang dalam negeri ini bagi tahun 2012.

Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Nor Hisham Mohammad berkata demikian ketika berucap pada Kempen Mencegah Kebakaran yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Skim  Skrang, Engkilili pada hari Rabu lepas.

Katanya penubuhan Pusat Kempen Mencegah Kebakaran adalah amat penting bagi menyemai kesedaran berhubung bahaya kejadian tersebut dikalangan penduduk rumah panjang dari masa ke semasa.

“Untuk pengetahuan penduduk, statistik kebakaran rumah panjang dalam negeri ini nyata meningkat dari 10 kes pada tahun 2010 kepada 25 kes pada tahun 2011 iaitu peningkatan sebanyak 15 kes.

“Untuk pihak kita telah mengambil langkah bagi membendung kejadian ini dengan menyasarkan penubuhan  pusat program Kempen Mencegah Kebakaran di 50 buah rumah panjang dalam negeri Sarawak pada tahun ini,” katanya.

Terdahulu program Kempen Mencegah Kebakaran yang melibatkan 18 buah rumah panjang ini telah dianjurkan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Betong dengan kerjasama Biro Wanita JKKK Skim Skrang.

Program yang bermula seawal pukul 730 pagi itu telah dijayakan dengan ceramah Pencegahan Kebakaran edisi Bahasa Iban yang disampaikan oleh Ketua Balai Bomba Betong iaitu Jilin anak Itar selaku pengerusi bersama program itu.

Aktiviti kempen ini juga turut diserikan lagi dengan pameran kebombaan yang dikelolakan oleh Unit Latihan Balai Bomba Dan Penyelamat Betong 15 anggota bomba turun padang bagi menjayakan aktiviti pameran itu.

Kempen Mencegah Kebakaran 2012 ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyallau Badak sambil disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa.

Hadir sama ialah wakil Bahagian Keselamatan Kebakaran, Fathi Ahmad Ketua  Zon Bomba Sri Aman iaitu Azhar Mohamad dan Pengerusi JKKK Skim Skrang, Tuai Rumah Silon anak Janda.

Dalam program itu Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Sarawak telah mengagihkan sejumlah 36 unit Alat Pemadam Api Mudah Alih kepada setiap wakil rumah panjang bersempena dengan Kempen Mencegah Kebakaran terbabit.

Tamat.



No comments:

Post a Comment