Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, February 14, 2012

Hari Valentine Day disambut di Sri Aman


Caption: MERIAH...Gambar menunjukkan gerai yang menjual barangan sempena sambutan Hari Kekasih di Jalan Hospital, Sri Aman hari ini.

SRI AMAN, Selasa – 14 Februari sudah semestinya menjadi tarikh yang cukup penting bagi pasangan kekasih atau pun suami isteri di seluruh dunia memandangkan tarikh berkenaan dianggap sebagai sambutan Hari Kekasih atau Valentine’s Day.

Menerusi sambutan Hari Kekasih suami isteri mahupun pasangan yang sedang bercinta akan membelikan hadiah kepada pasangan masing-masing seperti bunga, jam tangan, dan barang perhiasan sebagai simbol ikatan kasih sayang atau cinta.

Untuk itu Utusan Sarawak berkesempatan melakukan tinjaun rambang terhadap gerai yang menjual pelbagai jenis barangan bertemakan Valentine Day kepada penduduk dalam bandar Sri Aman.

“Saya bersama isteri buat pertama keduanya mengambil kesempatan untuk menjual produk Hari Valentine Day kepada mana-mana individu yang mahu meraikan hari berkenaan di sini,” kata Kenny Gani Elison.

Antara produk sambutan Hari Valentine @ Hari Kekasih yang telah beliau bersama isterinya, Wendy jual pada hari ini ialah bunga hidup, coklat dan anak patung bernilai antara RM10 hingga RM100.

Sementara itu seorang penduduk iaitu Morgan Alban berpendapat sambutan hari itu boleh dianggap meriah kerana terdapat individu yang mengambil inisiatif untuk membuka gerai sementara di Jalan Hospital bagi menjual bunga dan hadiah bersempena hari istimewa terbabit.

Bagi beliau sambutan Hari Kekasih seharusnya dijadikan sebagai satu peluang bagi mana-mana pasangan suami isteri untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan masing-masing selepas ini.

Menerusi sambutan Hari Kekasih katanya, pasangan suami isteri atau pun kekasih perlu mengambil peluang untuk memperbaiki hubungan masing-masing secara lebih positif demi kebaikan bersama.

Tamat.

No comments:

Post a Comment