Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, February 23, 2012

Hajah Nancy sumbang dram kepada Kumpulan Hadrah



Caption: IKLHAS...Hajah Nancy (kiri) ketika sedang menyampaikan drum kepada seorang wakil Kumpulan Hadrah Hayatul Islam, Kampung Lubok Punggor di Simunjan baru-baru ini.

SIMUNJAN, Rabu (22 Feb) - Ahli Parlimen Batang Sadong, Hajah Nancy Hajah Shukri telah menyumbang sebuah dram kepada Kumpulan Hadrah Hayatul Islam, Kampung Lubok Punggor dalam satu upacara ringkas di Rumah Rehat, Pejabat Daerah, Simunjan baru-baru ini.
           
Nancy ketika menyampaikan sumbangan tersebut berharap agar alatan berkenaan dapat menyerikan lagi persembahan hadrah oleh kumpulan terbabit dalam setiap aktiviti yang mereka sertai selepas ini.

Terdahulu Kumpulan Hadrah Hayatul Islam, Kampung Lubok Punggor berkenaan telah dianggotai oleh 20 orang lelaki dan 20 orang wanita semenjak ia mula ditubuhkan pada lima tahun lalu.

Dibawah pimpinan Jorini Haji Kamri, Kumpulan Hadrah Hayatul Islam Kampung Lubok Punggor ini sering diundang untuk menyerikan majlis perkahwinan penduduk dan keagamaan di Simunjan.

Lagipun Kumpulan Hadrah Hayatul Islam Kampung Lubok Punggor telah pun dijemput untuk menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433H / 2012M Peringkat Daerah Simunjan di sini sebelum ini.

“Kumpulan Hadrah Hayatul Islam Kampung Lubok Punggor mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada beliau (Hajah Nancy) di atas sumbangan drum berkenaan bagi kegunaan kami.

“Sumbangan dram daripada Hajah Nancy ini akan melengkapkan lagi peralatan yang bakal digunakan oleh Kumpulan Hadrah Hayatul Islam Kampung Lubok Punggor bagi tujuan majlis rasmi pada masa akan datang,” kata jurucakap kumpulannya Edi Aming.

Hadir sama bagi menyaksikan majlis penyerahan dram kepada Kumpulan Hadrah Hayatul Islam Kampung Lubok Punggor di Rumah Rehat, Pejabat Daerah, Simunjan berkenaan ialah Penghulu Raili Alias dan Penghulu Jubin Sili.

Tamat.

No comments:

Post a Comment