SRI AMAN, Khamis (16 Feb) – Pada akhir tahun lepas para penghuni bilik sewa di
bangunan Lot 916, Jalan Hospital, Sri Aman sering mendengar suara
pertelingkahan di antara pasangan kekasih antara jam 2 hingga 3 pagi bagi
tempoh tiga hingga empat kali seminggu.
Ia dipercayai berpunca daripada sikap cemburu pasangan lelaki kepada
seorang perempuan yang dikatakan bekerja di sebuah pusat hiburan dalam kawasan
bandar pada setiap malam.
Kegagalan mereka untuk menyelesaikan masalah itu akhirnya menyebabkan si
kekasih perempuan berkenaan dibuang kerja oleh majikan beliau sendiri dan
terpaksa berpindah keluar dari bilik sewa bangunan tersebut.
Ini membolehkan lain-lain penghuni bilik sewa di bangunan lot 916 menikmati
suasana aman pada waktu malam selama tiga bulan sebelum pertengkaran tercetus
kembali di antara bekas rakan sekerja perempuan tersebut sekitar jam 2.48 pagi
tadi.
Hasil pengamatan bunyi oleh Utusan Sarawak mendapati bahawa mereka yang
terlibat dalam pertengkaran itu dipercayai bertindak memukul dinding dengan
benda keras, menghempas pintu dan memaki hamun di antara satu sama lain.
Dengan suara individu perempuan didengar bertindak untuk meredakan suasana
pertengkaran tersebut, para penghuni bilik sewa yang lain nyata tidak senang
hati berhubung gangguan bunyi bising dari peristiwa tersebut.
Sudahlah bertengkar, mereka yang terlibat dalam pertengkaran ini juga nyata
tidak henti-henti memukul dinding dengan benda keras sebelum tindakan mereka
mulai perlahan sekitar jam 3.50 pagi.
Kumpulan penghuni berkenaan harus sedar bahawa tindakan seperti itu hanya
akan menimbulkan kemarahan penghuni bilik sewa yang lain sekiranya mereka terus
bertindak seperti itu di masa akan datang.
Utusan Sarawak percaya bahawa kumpulan tersebut mungkin akan berdepan
dengan tindakan undang-undang hasil tindakan penyewa yang mahu menghubungi
polis jika mereka terus berkelakuan sedemikian selepas ini.
Tamat.
No comments:
Post a Comment