Caption:
1. MERIAH...Penduduk Penempatan Agropolitan Pulau Seduku ketika sedang
berarak pada sambutan Maulidur Rasul di situ baru-baru ini.
2. TAHNIAH...Haji Udin sedang menerima hadiah bersempena dengan anugerah
Maulidur Rasul di penempatan Agropolitan Pulau Seduku.
oleh Arip Abong
LINGGA, Jumaat (10 Feb) – Penduduk Penempatan Agropolitan Pulau Seduku, Lingga turut
tidak melepaskan peluang untuk menyambut Sambutan Maulidur Rasul 1433 H / 2012
M dengan mengadakan pelbagai aktiviti di situ baru-baru ini.
Jurucakap penganjur, Arip Abong berkata sambutan Maulidur Rasul 1433 H /
2012 M di Penempatan Agropolitan Pulau Seduku, Lingga ini dianjurkan oleh
Jawatankuasa Masjid Pulau Seduku.
“Maulidur Rasul 1433 H / 2012 M di Penempatan Agropolitan Pulau Seduku,
Lingga ini dimulakan dengan acara perarakan yang membabitkan seramai 50 orang
penduduk tanpa mengira usia.
“Kesemua 50 orang penduduk ini telah memulakan perarakan pada jam 8 pagi
dengan mengelilingi kawasan penempatan Agropolitan Pulau Seduku sebelum ia
berakhir di pentas utama sambutan terbabit,” katanya.
Selain acara perarakan pihak penganjur kata Arip
juga turut menganjurkan Pertandingan Spanduk Maulidul Rasul, Pertandingan Azan,
Tilawah Al-Quran dan bacaan Surah Al-Fatihah Tahap 1.
Majlis sambutan Maulidur Rasul di Penempatan Agropolitan Pulau Seduku, Lingga katanya juga turut diserikan dengan penyampaian anugerah sempena sambutan itu kepada Haji Udin bin Ahed (lelaki) dan Hajah Seni (perempuan).
“Paling penting sekali ialah sambutan Perayaan
Maulidur Rasul di Penempatan
Agropolitan Pulau Seduku, Lingga dapat menyatu-padukan semua penduduk dalam
kawasan ini dari masa ke semasa.
“Justeru diharap agar sambutan Maulidur Rasul di Penempatan Agropolitan
Pulau Seduku, Lingga dapat memperkasakan lagi perpaduan ummah dikalangan
penduduk Islam di sini pada masa akan datang,” katanya.
Tamat.
No comments:
Post a Comment