Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, February 16, 2012

Kelab Sokanjaya JKR Sri Aman adakan AGM


Caption: SERIUS...Antara ahli Kelab Sokanjaya JKR Sri Aman yang hadir bagi menjayakan sesi mesyuarat agung kelab berkenaan kelmarin.

SRI AMAN, Khamis (16 Feb)  – Kelab Sokanjaya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sri Aman telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi memilih jawatankuasa baru untuk sesi penggal 2012 / 2014 di sini kelmarin.
 
Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sokanjaya JKR Sri Aman yang berlangsung di bilik serbaguna jabatan tersebut bermula jam 9.30 pagi hingga jam 10.55 pagi telah pun dihadiri lebih daripada 100 orang kakitangan JKR Sri Aman.
 
Jawatankuasa bagi sesi penggal 2012 / 2014 yang menyaksikan kemunculan ramai muka baru ini menyaksikan Roger Geoffrey Kendawang dilantik sebagai presiden baru untuk kelab berkenaan.
 
Perlantikan beliau sebagai presiden kelab yang baru bagi sesi penggal 2012 / 2014 ini juga turut menyaksikan Zaidi Nasir dilantik sebagai timbalan presiden untuk kelab berkenaan.
 
Empat orang ahli turut dipilih untuk mengisi jawatan naib presiden Kelab Sokanjaya JKR Sri Aman ini antaranya ialah Nelson Albert Bantang, Sandin Ajah, Nurassyikin Majidi dan Peter Lau.
 
Manakala itu ahli jawatankuasa bagi Kelab Sokanjaya JKR Sri Aman untuk sesi penggal 2012 / 2014 ini pula dibarisi oleh Zainuddin Adai, Nurul Ain Razali, Foo Pau Yee dan Awangku Yuseri Awang Jubaidi.
 
Hadir sama bagi menyaksikan sesi perjalanan mesyuarat agung berkenaan adalah Jurutera Bahagian, JKR Bahagian Sri Aman, Cassidy Morris dan Penolong Jurutera Bahagiannya, Noor Ismail Razali yang juga merupakan penasihat tetap kelab tersebut.

Majlis pada pagi tersebut juga turut diserikan dengan sambutan Tahun Baru Cina khas untuk kakitangan JKR Sri Aman demi mengalakkan hubungan perpaduan dikalangan mereka selepas ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment