Caption: TINJAU...Harden bersama Masir sedang memantau proses pembayaran
BR1M kepada pemohon yang layak ketika berlangsungnya majlis itu hari ini.
SRI AMAN, Selasa (7 Feb) – Rakyat diminta agar tidak mudah melupakan jasa Barisan
Nasional (BN) dalam memelihara dan membangunkan hidup mereka selama ini kata
Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden
Hollis.
Katanya komponen parti BN telah melaksanakan mandat yang diberikan oleh
rakyat dengan memastikan mereka mengecapi nikmati pembangunan daripada kerajaan
dari masa ke semasa.
“Rakyat telah memilih kita (BN) untuk memimpin kerajaan menerusi setiap
pilihan raya umum yang berlangsung di peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri)
mahupun Parlimen selama ini.
“Kita telah pun melakukan usaha yang terbaik untuk membangunkan hidup
rakyat. Justeru saya berharap agar rakyat membalas kembali jasa kerajaan dengan
memastikan BN terus menerajui kerajaan selepas ini,” katanya.
Harden yang juga ADUN Simanggang berkata demikian ketika berucap pada
Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang berlangsung di Mini
Stadium Sri Aman hari ini.
Selain itu kepesatan pembangunan negara dan negeri kata beliau juga
sekaligus membuktikan keupayaan serta kecekapan BN dalam memegang tampuk
pemerintahan kerajaan semenjak dari dahulu hingga sekarang.
“Kerajaan bukannya sahaja membangunkan hidup rakyat dari segi pembinaan
kemudahan asas, pendidikan dan perhubungan mala kita juga turut menyalurkan
bantuan untuk kebajikan hidup mereka.
“BR1M ini misalnya adalah salah satu contoh usaha terbabit. Atas sebab ini
saya mahu rakyat sedar bahawa pembangunan kebajikan hidup mereka juga turut
diambil perhatian oleh kerajaan BN dari masa ke semasa,” katanya.
Hadir sama ialah Menteri Muda Permodenan Pertanian, Datuk Mong Dagang, Ahli
Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Timbalan Residen Sri Aman, Felicia Tan dan
Pegawai Daerah Sri Aman, Ismawie Salleh.
Terdahulu sejumlah 1460 orang penduduk dalam kawasan DUN Simanggang telah menerima
BR1M yang disampaikan oleh Harden, Mong dan Masir menerusi majlis berkenaan.
Tamat.
No comments:
Post a Comment