Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Sunday, February 12, 2012

4,470 orang penduduk Parlimen Lubok Antu bakal terima BR1M




Caption:

1. TERIMALAH...Nyalau menyerahkan BR1M kepada seorang pemohon sambil disaksikan oleh Rayong (tengah) pada majlis itu.

2. SESAK...Gambar menunjukkan orang ramai yang mengerumuni kawasan luar pintu masuk dewan berkenaan bagi mendapatkan BR1M.

LUBOK ANTU, Sabtu (11 Feb) - Seramai 4,470 orang penduduk dari kawasan Parlimen Lubok Antu telah dan bakal menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bernilai RM500 seorang.

Daripada jumlah itu, seramai 2,161 orang penduduk dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai telah pun menerima bantuan itu di Dewan Kompeks Sukan Daerah Lubok Antu pada hari Khamis lepas.

Manakala selebihnya baki jumlah terbabit iaitu 2,310 orang penduduk dari kawasan DUN Engkilili juga bakal menerima BR1M tidak lama lagi.

Tinjauan mendapati bahawa orang ramai sudah mula mengerumuni Dewan Kompeks Sukan Daerah Lubok Antu seawal jam 7 pagi yang tidak sabar mahu mendapatkan bantuan berkenaan.

Sikap tidak sabar penduduk telah terbukti apabila cermin pintu masuk ke dalam dewan berkenaan pecah disebabkan oleh orang ramai yang berasak-asak untuk memasuki dewan berkenaan.

Bagaimanapun kecekapan anggota polis yang bertugas di situ telah berjaya mengawal keadaan kecoh penduduk termasuk pemohon BR1M daripada menjadi lebih buruk selepas itu.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak serta ADUN Engkilili, Dr Johnical Rayong Ngipa telah turun padang untuk menyaksikan penduduk dari kawasan mereka berdua yang menerima bantuan BR1M itu.

Turut sama hadir sama bagi mengiringi Nyalau dan Dr Rayong itu ialah Pegawai Daerah Lubok Antu ,Jack Aman Luat dan ketua kaum di sini.


Tamat….

No comments:

Post a Comment