Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Sunday, February 12, 2012

Warga Emas cacat sebelah kaki dapat perhatian wakil rakyat



Caption: PRIHATIN...Harden (kiri) ketika bergambar kenangan bersama Lullol ketika sesi perjumpaan ringkas di Market Terbuka, Sri Aman kelmarin.

SRI AMAN, Rabu (8 Feb) – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah masalah yang ditanggung oleh seorang Warga Emas wanita dari Rumah Daniel, Guntong, Undop, Batu Lintang iaitu Lullol anak Engkok.

Dikala usianya meniti 63 tahun, Lullol terpaksa berjalan dengan menggunakan tongkat apabila kaki kanannya terpaksa dipotong pada bulan Jun tahun lepas akibat serangan penyakit kencing manis.

Sudahlah kakinya potong, makan minum beliau di rumah pula terpaksa ditanggung oleh seorang cucunya yang hanya mampu meraih pendapatan sebagai seorang petani pada masa sekarang.

Atas sebab ini Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis telah bertindak turun padang untuk menawarkan bantuan kepada wanita kurang bernasib berkenaan pada hari kelmarin.

“Saya baru dimaklumkan bahawa kaki kiri beliau terpaksa dipotong oleh doktor pada bila-bila masa sahaja mulai sekarang. Berita ini sudah semestinya amat menyedihkan hati saya,” menurut beliau ketika ditemui pemberita.

Harden yang pada mulanya berhasrat mahu membantu Lullol bagi mendapatkan bantuan kaki palsu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat akhirnya menyatakan sokongan baru iaitu memohon kerusi roda dan bantuan kebajikan daripada agensi kerajaan tersebut.

Beliau yakin bahawa permohonan kerusi roda dan bantuan kebajikan itu akan dapat membantu meringankan lagi beban yang ditanggung oleh Lullol dan isi rumahnya pada masa akan datang.

“Lullol hanya tinggal dengan seorang cucunya pada masa sekarang. Kesemua anak beliau sebelum ini sudah pun berkahwin dan hanya mampu meraih pendapatan sebagai golongan petani.

“Sebagai wakil rakyat Barisan Nasional (BN), saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu Lullol mendapatkan bantuan berupa kerusi roda dan bantuan kebajikan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment