SRI AMAN, Sabtu ( 9 Jun) – Pujian harus diberikan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR)
Bahagian Sri Aman kerana telah memberikan keselesaan kepada pengguna kenderaan
ketika menjelang musim cuti perayaan Gawai lepas.
Ini kerana semenjak lebih sebulan yang lepas, pihak JKR Bahagian Sri Aman
dilihat telah memulakan kerja menaiktaraf jalan raya di kawasan Abok (Pantu),
Lachau, Ran – Punggu, Gua Tapang Rumput dan Kemintin Klauh, Sri Aman.
Kepulangan ke kampung dengan menggunakan kenderaan tampak amat menyelesakan
kali ini dikalangan para penggunanya lebih-lebih lagi ketika melalui dua
kawasan jalan rosak teruk dan sudah dibaiki sebelum ini iaitu Kemintin Klauh
dan Gua Tapang Rumput.
“Saya berasa gembira apabila mendapati kerosakan pada beberapa kawasan
jalan raya tersebut sudah diturap ketika pulang bercuti ke Lubok Antu pada 31
Mei,” kata seorang pengguna kenderaan yang mahu dikenali sebagai Budit.
Katanya tindakan pihak JKR menaiktaraf beberapa kawasan jalan raya tersebut
dianggap tepat pada masanya memandangkan jumlah kenderaan di sepanjang Jalan
Sri Aman / Serian akan meningkat pada musim cuti perayaan Gawai Dayak.
Manakala itu Mey Biong pula berkata perjalanan pulang ke kampung halamannya
kali ini tidak menghadapi masalah besar memandangkan jalan di kawasan Punggu –
Ran sudah pun diturap semula oleh JKR sebelum itu.
“Dulu saya selalu bimbang ketika membeli banyak barangan untuk persiapan
Gawai di Pasar Serian memandangkan kerosakan jalan raya di Punggu boleh
menyebabkan tayar kenderaan pancit.
“Namun kali ini tidak lagi apabila jalan di kawasan itu sudah ditar semula
tanpa wujudnya sebarang lubang-lubang berbahaya yang boleh menyebabkan
kenderaan kita terhentak ketika melalui jalan berkenaan,” katanya.
Justeru Henry Peng berharap agar pihak JKR meneruskan usaha mereka untuk
mempertingkatkan keselesaan pengguna jalan raya dengan memperbaiki kerosakan
jalan raya dalam kawasan Bahagian Sri Aman selepas ini.
“Saya berharap pengguna kenderaan menghargai sumbangan JKR terhadap mereka
selepas ini dengan memandu secara berhati-hati di kawasan Jalan Sri Aman /
Serian dari masa ke semasa,” katanya.
Tamat.
Terima Kasih
ReplyDelete