Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, June 14, 2012

Facebook pertemukan dua insan



JODOH DARI FACEBOOK...Raymond Abang Lom, 31, bersama pasangan hidupnya Dorothy Pauline, 32, telah selamat melangsungkan upacara perkahwinan mereka di Gereja Saint Peter, Saratok pada 28 Mei lepas.  Raymond, dari Selantik Ili, Pantu, Sri Aman yang bekerja dengan sebuah syarikat luar negara pada masa sekarang telah berkenalan dengan Dorothy menerusi laman web Facebook selama setahun sebelum cinta di antara mereka berdua berakhir dengan ikatan perkahwinan yang sah. Setelah mengadakan perkahwinan di gereja, kedua-dua suami isteri berkenaan telah mengadakan upacara perkahwinan mengikut adat istiadat Iban di Rumah Bama Gunto, Nanga Rissau, Saratok pada 30 Mei lepas. Kedua-dua mereka menetap di Taman Samarindah, Kota Samarahan dengan Dorothy kini bekerja dengan sebuah syarikat swasta di Kuching.- 9 JUn

No comments:

Post a Comment