Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, June 14, 2012

SMK Taee meriahkan sambutan Hari Guru



Caption:

1. SEMPURNA...Anthony (dua kiri) ketika bersama kakitangan guru menyempurnakan upacara memotong kek sambutan Hari Guru di SMK Taee pada 25 Mei lepas.

2. SERONOK...Antara para pelajar dan guru SMK Taee yang mengambil bahagian dalam acara sambutan Hari Guru SMK Taee pada 25 Mei lepas.

SERIAN, Khamis (7 JUn) – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taee, Serian telah mengadakan pelbagai aktiviti menarik bersempena dengan sambutan Hari Guru yang berlangsung tahun ini.

Jurucakapnya iaitu Cajetan Abang menerusi siaran akhbar kepada Utusan Sarawak hari ini memberitahu 10 buah acara telah diadakan bagi memeriahkan sambutan Hari Guru di SMK Taee yang berlangsung pada 25 Mei lepas.

Antaranya ialah Poco-Poco Guru dan Pelajar, Futsal Guru, Perarakan, Persembahan Kugiran Guru SMK Taee, Koir Guru, Koir Pelajar Tingkatan 6 Atas, Sketsa Spontan, Nyanyian Pelajar, Nyanyian Guru serta Nyanyian Duet Guru dengan Pelajar.

“Sambutan Hari Guru peringkat sekolah kali ini adalah antara yang paling meriah walaupun dirancang pada saat-saat akhir disebabkan oleh kesibukan Peperiksaan Pertengahan Tahun yang berakhir pada 24 Mei lepas,” kata Cajetan.

Katanya sambutan Hari Guru 2012 peringkat SMK Taee telah bermula pada jam 7 pagi menerusi upacara perhimpunan bagi menyanyikan lagu NegaraKu dan Ibu PertiwiKu sebelum acara Poco-Poco bermula pada jam 7.20 pagi.

Acara Poco-Poco antara guru dan pelajar telah berlangsung selama 10 minit sebelum sambutan Hari Guru ini digamatkan dengan aksi lucu para guru pada Pertandingan Futsal Guru Wanita serta Lelalki pada jam 7.30 pagi.

Sebaik sahaja selesai pertandingan futsal terbabit, para pelajar kata Cajetan telah berhimpun di dewan tertutup sekolah untuk menyambut ketibaan perarakan para guru sekolah berkenaan.

“Acara diteruskan dengan ucapan oleh Ketua Pengawas iaitu Jeplugon sebelum Penolong Kanan I SMK Taee, Anthony Taguk menyampaikan amanat beliau kepada para pelajar bersempena sambutan Hari Guru ini.

“Setelah itu tibalah acara kemuncak majlis iaitu upacara memotong kek Hari Guru sebelum ia diteruskan dengan acara penyampaian hadiah dan persembahan guru serta pelajar sebelum ia disudahi dengan majlis makan tengahari,” katanya.

Sehubungan itu kejayaan perlaksanaan sambutan Hari Guru SMK Taee 2012 kali ini katanya adalah berlandaskan kepada kerjasama, komitmen serta kesungguhan semua pihak bagi menjayakan program tersebut.

Tamat.

No comments:

Post a Comment