Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, June 14, 2012

MRP inisiatif BN - Harden

Caption: TERIMALAH...Harden menyampaikan cek MRP kepada wakil Persatuan Ketua-Kaun Masyarakat Cina Bahagian Sri Aman Sarawak iaitu Sii Toh Peng sambil disaksikan oleh tetamu khas yang lain pada majlis tersebut kelmarin.

SRI AMAN, Jumaat (8 Jun) – Peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membantu menaiktaraf hidup penduduk.

Justeru penerima MRP diingatkan agar sentiasa menggunakan wang tersebut dengan baik dan seterusnya dapat memberi impak positif terhadap perkembangan hidup penduduk di kawasan mereka selepas ini.

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian MRP 2012 yang berlangsung di kediamannya dalam Bandar Sri Aman kelmarin.

“Kita mahu penerima MRP membawa semua ahli berbincang bagi menentukan langkah terbaik untuk menjadikan peruntukan tersebut  berguna kepada penduduk yang tinggal di kawasan mereka.

“Jika ia disalahguna maka peruntukan tersebut akan menjadi sia-sia. Usahakanlah sebaik mungkin peruntukan terbabit agar usaha kerajaan BN untuk memajukan hidup penduduk menjadi lebih bermakna di masa akan datang,” katanya.

Selain itu beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berharap para pertubuhan dan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) terus membantu kerajaan untuk memajukan kawasan Sri Aman dari masa ke semasa.

Kata Harden sumbangan mereka adalah amat penting demi membolehkan penduduk memahami segala dasar pembangunan kerajaan BN dalam kawasan penempatan mereka di Sri Aman pada masa akan datang.

Terdahulu sebanyak 37 buah persatuan, JKKK, gereja, Persatuan Ibubapa Dan Guru serta Persatuan Buddha di Sri Aman menerima cek peruntukan MRP yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM380,000 pada majlis tersebut.

Hadir sama bagi menyaksikan majlis penyampaian cek MRP berkenaan ialah Pemanca Samuel Lawin, Temenggung Sii Toh Peng, Penghulu Lee Siang Hua dan Kapitan Kuek Aik Seng.

Tamat.

No comments:

Post a Comment