Slug: HardenNgabang + pic 05.06.12
Caption: MERIAH...Datuk Harden bersama isteri, Datin Simba Nalang ketika
disambut penduduk sebaik sahaja di rumah panjang mereka bersempena dengan
kunjungan Gawai kelmarin.
SRI AMAN, Selasa (5 Jun) – Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan,
Datuk Francis Harden Hollis bersama rombongan telah mengadakan kunjung perayaan
Gawai ke beberapa buah rumah panjang di sini bermula 2 hingga 4 Jun lepas.
Pada hari kedua sambutan Gawai Dayak, Harden bersama rombongan telah
berkunjung ke Rumah Edward Radin, Putat untuk memeriahkan sambutan perayaan
tersebut bersama penduduk rumah panjang di situ.
Setelah meninggalkan ‘buah tangan’ berupa peruntukan bernilai RM5,000 bagi
JKKK dan RM3,000 untuk biro wanita di situ, beliau bersama rombongan
kemudiannya mengadakan kunjungan Gawai ke Rumah Brodi, Parit Beruang di Bijat.
Di sana, Harden turut mengumumkan nilai peruntukan yang sama bagi JKKK dan
biro wanita rumah panjang itu sebelum mengakhiri kunjungannya di Rumah Manca,
Tawang bagi hari tersebut dengan peruntukan bernilai RM5,000 diumum untuk JKKK
di situ.
Hari ketiga perayaan ini pula menyaksikan beliau bersama rombongan
melakukan kunjungan ke Rumah Wilson, Gran B, dan Rumah Mathew Japar, Gran C
dengan kedua-dua rumah panjang masing-masing menerima peruntukan bernilai
RM5,000.
Sambutan perayaan Gawai pada hari keempat pula telah diserikan lagi dengan
upacara menaikkan bendera Parti Bersatu Rakyat Sarawak anjuran SUPP cawangan
Simanggang di kediaman Harden dan keluarga pada jam 8.30 pagi.
Setelah itu Harden bersama isteri, Datin Simba Nalang beserta rombongan
telah menghadiri Majlis Ulangtahun Ke-53 Penubuhan SUPP dan Perayaan Gawai di
Rumah Suntai Awel, Empadi Tengah, Batu Lintang pada jam 10.30 pagi.
Beliau ketika ditemui selepas majlis itu berharap agar penduduk berbilang
kaum di kawasan Sri Aman menghargai nikmat keamanan yang mereka kecapi sekarang
hasil kestabilan politik negeri ini.
“Kecekapan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir negeri ini
membolehkan semua penduduk berbilang kaum merasai kemeriahan suasana menyambut
perayaan utama masing-masing tanpa ada sebarang gangguan.
“Justeru diharap agar mereka memberikan sokongan tidak berbelah-bagi
terhadap kerajaan sedia ada sekarang demi masa depan pembangunan hidup mereka
dan bukan untuk harmoni hidup sahaja selepas ini,” katanya.
Tamat.
No comments:
Post a Comment